Bagaimana Untuk Daftar Apple ID Tanpa Masukkan Maklumat Kad Kredit/Debit Anda #AsasiOSBersamaTimCoook

 

 

Peringkat Tutorial: Asas

Pada suatu hari, Tim Coook (bukan nama sebenar) telah pergi ke Mesin di OIO City Mall, Putrijaya dan iPhone 7 berwarna merah menarik perhatiannya. Lantas dibelinya. Tim Coook sebelum ni belum pernah lagi menggunakan produk Apple, ini adalah kali pertama. Oleh kerana itu, banyak perkara yang tidak diketahu oleh Tim Coook. Dek kerana malu bertanya kepada pekerja Mesin untuk ‘setup’ iPhone 7 barunya, dia terus pulang ke rumah.

Tim coook sudah tidak sabar lagi, aplikasi pertama yang ingin di dimuat turunnya ialah Instaounce, mestilah nak muat naik gambar iPhone barunya. Tapi ada satu masalah sewaktu Tim Coook nak muat turun aplikasi Instaounce tersebut, skrin ini mula muncul:

Tim Coook apa lagi, panik, dia tidak ada kad debit, apatah lagi kad kredit. Gelabah, dia buka website Apple User Group (Malaysia)® dan melihat tutorial untuk daftarkan Apple ID beliau. Berikut ialah tutorial tersebut.


Langkah 1: Pergi ke App Store dan cari apa-apa aplikasi PERCUMA (yang berbayar tak boleh). Kemudian tekan “GET”. Akan keluar skrin untuk masukkan atau buat Apple ID. Pilih “Create New“.

 

Langkah 2: Masukkan maklumat peribadi anda dan “Agree” pada Terms & Conditions Apple. Kemudian, masukkan email untuk Apple ID anda (kalau tak pernah ada email kena buat email dulu) dan masukkan password pilihan anda (pastikan anda ingat password ni).

 

Langkah 3: Jawab soalan sekuriti, pastikan anda ingat jawapan-jawapan ini, sebab Apple akan tanya setiap kali anda log masuk ke dalam peranti yang baru. Paling selamat buat screenshot dan simpan. Anda dapat lihat pilihan “None” untuk Billing Information. “None” ni hanya akan keluar apabila anda cuba nak muat turun aplikasi yang percuma, jika tidak pilihan ini tidak akan keluar. Sebab itu kena ikut langkah-langkah seperti di atas. Kemudian, masukkan maklumat anda.

 

Langkah 4: Selepas itu, tertera skrin untuk minta anda Verify email anda akan keluar. Buka email dan verify seperti rajah di bawah. Masukkan Apple ID dan Password yang kita dah buat di atas tadi. Jangan buat kata kekunci lain pula, nescaya tak dapat verify nanti.

 

 

Langkah 5: Pergi semula ke App Store selepas verification. Anda hanya perlu memasukkan kata kekunci dan aplikasi tersebut akan dimuat turun. Tamat.

 


Fuh… Selamat tak payah letak detail kad debit atau kredit. Maka, Tim Coook dengan gembiranya dapat muat turun semua app-app percuma tersebut tanpa menggunakan kad debit/kredit.

Ada satu masalah lagi. Tim Coook tak tahu macam mana nak tangkap gambar telefon dia untuk dikongsikan ke Instaounce sebab dia hanya ada satu telefon. Kasihan Tim Coook tak dapat menunjuk iPhone terbaru beliau, pada akhirnya tangkap gambar kotak iPhone pun jadilah….

 

Jangan lupa juga kongsikan kepada rakan-rakan anda untuk memudahkan mereka dalam menggunakan produk Apple ini. Selamat berkongsi ilmu!

*siri ‘#Asas iOS Bersama Tim Coook’ ini merupakan hasil daripada penulis Aizad sendiri untuk membincangkan perkara-perkara asas yang pengguna Apple perlu tahu dan pelajari, sebarang cadangan boleh berbuat dengan beliau.

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *