Bahasa Malaysia Akan Digunakan Sepenuhnya Pada Laman Web Rasmi Apple Malaysia?

Penggunaan Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan oleh pelbagai pihak, namun untuk masyarakat dan pengguna tempatan mengikut negara yang menggunakan bahasa rasmi lain, ia agak memeningkan juga bagi yang tidak memahaminya tapi Bahasa Inggeris masih juga penting untuk penggunaan lain – tiada alasan untuk tidak belajar.

Oleh sebab itu juga, laman web Apple User Group (Malaysia)® serta beberapa laman web lain yang memfokuskan kepada kandungan mengenai Apple dan teknologi ditulis dalam Bahasa Malaysia supaya memudahkan masyarakat dan pengguna tempatan lebih paham akan kandungan yang dikeluarkan seperti tutorial, tips dan sebagainya.

Dijumpai oleh AriffMac, beliau mendapati terdapat beberapa perubahan yang berlaku pada laman web rasmi Apple Malaysia iaitu halaman ‘Manage your Apple ID’ / ‘Uruskan akaun Apple anda’ yang telah menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya sebagai bahasa pengantar. Bagi yang tidak tahu, jiran kita iaitu negara Indonesia sudahpun mendapat dan menggunakan laman web rasmi Apple negara mereka sepenuhnya dalam Bahasa Indonesia.

 

Nampaknya ia adalah permulaan kecil sebelum pihak Apple Inc. menetapkan penggunaan bahasa utama pada laman web rasmi Apple Malaysia sepenuhnya kepada Bahasa Malaysia. Diharap pihak Apple juga tidak memulaukan negara Malaysia seperti mana Apple Store pertama yang telah dibuka di negara Singapura dan Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan (Research and Development Center (R&D) yang bakal dibuka di negara Indonesia pada tahun ini.

 

Sumber artikel: AriffMac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *