Bekas Pengasas Vine Bakal Hadir Dengan Aplikasi Perkongsian Video Sosial Baharu

Vine, aplikasi perkongsian video sosial dengan durasi 6 saat yang menjadi popular selama beberapa tahun sebelum ditutup sepenuhnya oleh Twitter pada tahun lepas. Bekas pengasas bersama dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Don Hofmann mengumumkan beliau kini sedang dalam proses untuk membangunkan aplikasi yang menawarkan servis seakan sama seperti Vine.

Beliau mengumumkan pada laman Twitter (ironi) dan menjelaskan projek pembangunan aplikasi ini ialah hasil pendapatan daripada beliau sendiri dan dilihat sebagai ‘projek sampingan’. Pada waktu ini, tidak ada sebarang maklumat diumumkan dan akan dinyatakan apabila pembangunan aplikasi telah dijalankan. Masih lagi tidak pasti samada versi Vine yang dikemas kini atau lebih diperbaharui.

Vine sebelum ini telah diambil alih oleh Twitter pada tahun 2012 dan bertahan sehingga tahun lepas sahaja. Pihak Twitter mengumumkan telah menutup servis perkongsian video dan menjenamakan aplikasi Vine kepada Vine Camera yang hanya berfungsi sebagai aplikasi kamera yang asas untuk menghasilkan video 6 saat.

Walaupun hanyalah berfungsi untuk perkongsian video, Vine sebelum ini telah membolehkan ramai pengguna untuk mengetengah dan menonjolkan bakat masing-masing dengan video berdurasi 6 saat sahaja. Di Malaysia tidak kurangnya juga seperti artis Luqman Podolski, Adib Alexx dan ramai lagi.

Semoga dengan Vine ‘generasi baharu’ ini juga boleh menjana pendapatan pengguna seperti mana yang dilakukan oleh aplikasi Musical.ly.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *