Buku ‘Designed by Apple in California’ Kini Dijual Di Malaysia Pada Harga RM949.

Buku ‘Designed by Apple in California’ ini ialah buku koleksi gambar produk Apple selama 20 tahun yang mengambil masa sekurangnya 4 tahun untuk dihasilkan dari segi pencarian produk, fotografi dan bahan. Buku ini merupakan penghargaan dan penghormatan serta dedikasi kepada pengasas Apple iaitu Steve Jobs.

Designed by Apple in California mula dijual pada tahun 2016 lepas dan mempunyai sejumlah 450 gambar produk termasuklah pembuatan mesin produk tersebut yang Apple telah hasilkan bermula dari iMac G3 pada tahun 1998 sehinggalah Apple Pencil pada tahun 2015.

Buku ini dihasilkan dalam dua versi dari segi saiz. Untuk saiz kecil, dimensi buku ialah 260x344mm pada harga RM949 dan untuk saiz besar dijual pada harga RM1399 dengan dimensi 330x413mm.

Bagi yang berminat, anda boleh membeli buku ini dengan membuat tempahan dan penghantaran akan bermula dari 31.03 ini di laman sesawang rasmi Apple Store.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *