Cabaran Aktiviti Untuk Apple Watch Bersempena Hari Ibu Telah Dijumpai

Apple seperti biasa akan mengeluarkan cabaran aktiviti khas untuk Apple Watch sempena hari-hari tertentu ataupun hari perayaan/sambutan yang disambut seluruh dunia. Kini, Apple akan mempromosikan cabaran aktiviti untuk Apple Watch bersempena hari ibu yang bakal disambut pada hari Ahad minggu hadapan.

Pertama sekali, cabaran aktiviti ini hanya dikeluarkan untuk pengguna Apple Watch di United States sahaja. Sebelum ini juga Apple ada mengeluarkan cabaran aktiviti untuk negara US sahaja disebabkan hari tersebut tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa dan tidak berlaku pada hari yang sama bagi setiap negara.

Untuk mendapatkan anugerah aktiviti ini, pengguna perlu menghabiskan senaman 1.6km pada hari ahad tersebut. Senaman itu samada berjalan, berlari ataupun senaman kerusi roda. Pengguna akan mendapat pingat berbentuk bunga ros dan pelekat bunga ros untuk iMessage serta dikongsikan kepada rakan-rakan.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *