Perisian Tutorial

Cara Untuk Downgrade iTunes 12.7 Kepada iTunes 12.6

Sejak versi iTunes 12.7 diperkenalkan, terdapat pengguna yang tidak dapat menggunakan App Store bagi memuat turun dan mengemaskini aplikasi dengan menggunakan iTunes. Sebahagian pengguna memilih untuk mengemaskini aplikasi yang bersaiz besar dan kemudiannya dipindahkan kepada peranti yang lain bagi yang menggunakan internet data selular.

Malah, dengan cara ini juga boleh menjimatkan kouta internet yang digunakan. Untuk versi iTunes yang lama seperti 12.6.2 dan 12.6.3 masih boleh digunakan seperti biasa dan menyokong sistem operasi baharu iaitu iOS 11. Bagi yang mahu membuat downgrade, anda boleh mengikut tutorial di bawah.

Sebelum ini, pastikan anda telah membuat salinan data komputer anda sebelum membuat proses downgrade ini. Sebarang kegagalan boleh menyebabkan kehilangan data yang penting. Cara downgrade ini melibatkan tiga proses iaitu membuang perisian iTunes, mengembalikan fail iTunes Library dan pemasangan versi iTunes 12.6.2 atau 12.6.3.

Cara untuk downgrade iTunes 12.7 kepada iTunes 12.6 Pada Mac

1. Buat salinan data komputer anda sebelum membuat sebarang proses di bawah.

2. Tutup perisian iTunes.

3. Buka aplikasi Terminal yang boleh dijumpai pada /Applications/Utilities, taip atau salin dan tampal sintaks di bawah dan tekan return (enter):

cd /Applications/

4. Anda telah pun berada dalam folder Applications melalui garis perintah (command line), kemudian taip atau salin dan tampal sintaks di bawah dengan betul untuk membuang perisian iTunes dan tekan return (enter):

sudo rm -rf iTunes.app/

5. Pastikan kedua-dua sintaks ialah betul dan sama dan masukkan kata laluan admin yang ditetapkan pada komputer anda.

6. Sekarang pergi ke folder ~/Music/iTunes/, cari fail “iTunes Library.itl” dan pindahkan ke Desktop atau lokasi yang mudah dicari.

7. Masih dalam folder ~/Music/iTunes/, buka folder “Previous iTunes Libraries” dan cari fail iTunes Library yang terkini berdasarkan tarikh. Salin fail tersebut. 

8. Tampal (paste) fail iTunes Library terkini yang disalinkan tadi ke dalam folder ~/Music/iTunes/ dan namakan fail tersebut kepada “iTunes Library.itl”.

9. Muat turun pemasang perisian iTunes mengikut versi yang anda mahu gunakan di bawah:

iTunes 12.6.2
iTunes 12.6.3

10. Buat pemasangan perisian iTunes setelah pemasang siap dimuat turun dan jalankan perisian iTunes setelah selesai.

Anda boleh gunakan perisian iTunes versi lama seperti biasa dan boleh mengakses App Store, iTunes U, Internet Radio, Ringtones, dan Books seperti biasa.

 

Cara untuk downgrade iTunes 12.7 kepada iTunes 12.6 Pada Windows 

1. Membuat downgrade iTunes 12.7 kepada 12.6.2 atau 12.6.3 boleh dilakukan dengan membuang perisian iTunes terkini dan memasang versi yang lama. Anda masih disarankan untuk membuat salinan “iTunes Library.itl” yang terkini.

2. Pergi ke folder iTunes Media yang ditetapkan pada komputer anda dan buka folder Previous iTunes Libraries, kemudian buat salinan fail iTunes Library.itl yang terkini.

3. Pada Windows, buka Control Panel > Programs > Programs and Features dan pergi ke “Uninstall or change a program”.

4. Pilih iTunes dan pilih Uninstall iTunes 12.7 tersebut daripada komputer.

5. Muat turun pemasang perisian iTunes mengikut versi yang anda mahu gunakan di bawah berdasarkan jenis komputer anda:

iTunes 12.6.2 untuk Windows 32-bit
iTunes 12.6.2 untuk Windows 64-bit
iTunes 12.6.3 untuk Windows 32-bit
iTunes 12.6.3 untuk Windows 64-bit

6. Buat pemasangan seperti biasa dan jalankan perisian setelah selesai.

 

Penting untuk tidak melangkau proses fail ‘iTunes Library.itl’ tersebut dan jika anda tidak membuat proses ini akan mendapat mesej ralat “iTunes Library.itl cannot be read because it was created by a newer version of iTunes”. Sekiranya perisian iTunes berjaya digunakan selepas downgrade, fail ‘iTunes Library.itl’ yang dipindah dan disalinkan tadi boleh dibuang.

 

Sumber artikel: OSXDaily

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.