Cara Untuk Memintas Limitasi Penggunaan Data Selular Untuk App Store Pada iOS 11

Pada bulan September yang lepas, Apple telah menaikkan had limitasi penggunaan data selular selepas sistem operasi iOS 11 dilancarkan dengan rasmi. Sebanyak 50MB telah ditambah dan menjadikan jumlah sebanyak 150MB had limitasi data selular yang digunakan untuk memuat turun atau mengemaskini aplikasi pada App Store.

Had jumlah 150MB ini ialah yang paling sedikit di mana rata-rata aplikasi sekarang ini mempunyai saiz yang sangat besar seperti contoh aplikasi Facebook yang sehingga 300MB lebih untuk dikemas kini. Sejumlah pengguna juga sedang menggunakan pakej unlimited tapi majoriti masih ada yang menggunakan pelan prepaid dan bergantung dengan sambungan internet Wi-Fi di rumah.

Bermula daripada versi iOS 10 ke bawah, terdapat trik di mana pengguna boleh memintas limitasi penggunaan data selular 150MB tapi tidak boleh digunakan pada iOS 11. Kini, ada satu trik yang baru dijumpai dan sememangnya berkesan serta boleh digunakan pada sistem operasi iOS 11 yang baharu ini. Perlu diingatkan bahawa trik ini tidak semestinya berkesan pada semua pengguna dan semua peranti.

1. Muat turun atau kemas kini aplikasi yang bersaiz 150MB ke atas.

2. Tekan OK apabila mendapat notifikasi yang menyuruh untuk menyambung ke Wi-Fi.

3. Kemudian, pergi ke panel Settings > General > Date & Time > nyahaktifkan Set Automatically > tetapkan tarikh mengikut kehendak anda samada ke hari seterusnya atau hari sebelumnya.

4. Selepas itu, aplikasi tersebut akan dimuat turun secara automatik. Jika proses muat turun tidak berjalan, tekan pada ikon aplikasi tersebut untuk mulakan.

5. Pastikan jangan tetapkan tarikh yang betul semasa proses muat turun, tunggu sehingga habis sepenuhnya dan baru ada menetapkan pada tarikh yang betul jika tidak, proses muat turun tidak akan berjaya.

6. Setelah habis, anda boleh menetapkan pada tarikh yang betul kembali pada panel Settings > General > Date & Time sebelum ini.

Bagaimana pula dengan limitasi penggunaan data selular pada iCloud? Tak boleh dibuat apa-apa selain menggunakan sambungan Wi-Fi, ini kerana purata saiz backup peranti ialah 900MB ke atas dan sebab itu juga agak sukar untuk mengakses data iCloud ketika menggunakan data selular. Disarankan menggunakan sambungan Wi-Fi termasuklah mengemaskini versi iOS.

 

Penafian: Trik ini bukan dijumpai atau hasil daripada pihak Apple User Group (Malaysia)®, ia telah dijumpai dan kredit sepenuhnya oleh pemilik akaun Youtube Everything Anything yang telah memuat naik video cara memintas limitasi penggunaan ini pada 11 November yang lepas (bukti berdasarkan hasil pencarian melalui enjin pencarian).

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *