Aplikasi Tutorial

Cara Untuk Memuat Naik Gambar Panorama Dan 360-Darjah Ke Instagram

Seringkali kita melihat pengguna Instagram yang memuat naik gambar misalnya, gambar panorama yang dipecahkan kepada 3 gambar dan perlu memuat naik gambar sebanyak 3 kali. Ini secara langsung akan membuatkan segelintir pengikut lain berasa menyampah dengan spam tersebut termasuklah kehilangan pengikut. Kini anda boleh memuat naik gambar panorama dan 360-darjah dengan lebih mudah dan tidak menyampahkan pengikut anda yang lain.

Beberapa minggu yang lepas, Instagram telah memperkenalkan perkongsian terbaru yang membolehkan pengguna berkongsi sehingga 10 gambar atau video dalam satu perkongsian atau dinamakan sebagai “carousel“. Namun, untuk memisahkan gambar panorama atau 360-darjah mengikut saiz adalah tidak mudah tapi anda boleh menggunakan aplikasi Swipable Panorama untuk berkongsi gambar tersebut ke Instagram dengan lebih mudah.

Cara untuk menggunakan aplikasi Swipeable Panorama ini:

*logo Swipeable tersebut tak boleh dibuang.

Untuk menarik minat pengikut dan menambahkan lagi kreativiti, tangkap gambar panorama atau 360-darjah yang panjang untuk bingkai penuh (full frame) dan meletakkan objek utama pada bingkai yang tengah sekali. Selain itu anda juga boleh menambahkan efek pada semua potongan gambar. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk mengikut akaun @aug.my di Instagram.

 

Aplikasi Swipeable Panorama ini percuma untuk dimuat turun di App Store. [Klik pautan ini]

 

Sumber: MakeMac dan RedmondPie

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.