Cara Untuk Menambah Dan Memperbetulkan Kalendar Islam Pada Semua Peranti

Kalendar pada iOS asalnya hanya ditetapkan dengan takwim Gregory versi tradisional iaitu kalendar yang kita gunakan pada sekarang ini. Bermula dari Mac OS X Yosemite dan iOS 8, Apple telah menambah satu ciri baharu yang membolehkan pengguna untuk menetapkan kalendar alternatif mengikut takwim pilihan masing-masing. 

Dalam kalendar alternatif terdapat 3 tetapan takwim yang boleh dipilih iaitu Chinese, Hebrew dan Islamic. Seperti yang sedia maklum, apabila tetapan kalendar Islam dipilih, ada tarikh yang dipaparkan mengikut bulan tertentu ialah tidak betul dan kadangkalanya ia lambat sehari ataupun awal sehari dari yang ditetapkan pada kalendar sedia ada. Untuk kalendar Chinese dan Hebrew saya tidak pasti.

Berikut adalah cara untuk menambah dan memperbetulkan kalendar Islam (jika perlu) pada peranti iOS, Apple Watch serta komputer Mac dan (bonus) cara untuk menambah waktu solat pada Notification Center. Sedikit tambahan, kalendar alternatif tidak dipaparkan pada Lockscreen untuk iOS 8 dan iOS 9, hanya dipaparkan pada iOS 10 sahaja buat masa kini.

Jangan lupa juga suka (like) dan ikuti akaun sosial Apple User Group (Malaysia)® di bawah sekali untuk tutorial, trik dan cara yang akan dikeluarkan oleh kami untuk semua pengguna Apple di seluruh Malaysia ini.


Cara untuk menambah kalendar Islam pada dan mengikut iOS:

A. Untuk iOS 8/9

1. Pergi ke direktori Settings > General > Language & Region > REGION FORMATS – Region > tetapkan negara Malaysia.

2. Kemudian, pergi ke direktori Settings > Mail, Contacts, Calendars > CALENDARS – Alternative Calendars > tetapkan Islamic.

3. Buka Notification Center, kalendar Islam akan tertera di situ.

 

B. Untuk iOS 10

1. Pergi ke direktori Settings > General > Language & Region > REGION FORMATS – Region > tetapkan negara Malaysia.

2. Kemudian, pergi ke direktori Settings > Calendars > Alternative Calendars > tetapkan Islamic.

3. Buka Notification Center atau Lockscreen, kalendar alternatif akan tertera di situ.


Cara untuk memperbetulkan kalendar Islam pada iOS:

Terdapat dalam takwim Islam dimana tarikh yang dipaparkan pada bulan tertentu adalah tidak sama dengan tarikh pada kalendar yang sedia ada tapi terdapat cara/trik untuk memperbetulkan tarikh yang dipaparkan samada awal sehari ataupun lambat sehari. Ikuti cara dibawah dan HANYA DIBUAT jika tarikh yang dipaparkan pada peranti anda ialah awal sehari ataupun lambat sehari:

A. Lambat sehari (cara 1)

1. Pergi ke direktori Settings > General > Language & Region > Region Format dan tetapkan negara Malaysia atau negara lain dan jangan tetapkan negara United Arab Emirates/Emiriah Arab Bersatu dahulu.

2. Untuk iOS 8/9: Pergi ke Settings balik > Mail, Contacts, Calendars > CALENDARS – Alternative Calendars dan tetapkan Islamic. Kemudian buka Notification Center dan tertera tarikh yang lambat sehari dari sebenar.Untuk iOS 10: Pergi ke Settings balik > Calendars > Alternative Calendars > dan tetapkan Islamic, aktifkan/masuk Notification Center atau Lockscreen dan tertera tarikh yang lambat sehari dari sebenar.

3. Kemudian pergi balik ke Settings > General > Language & Region > Region Format > kali ini baru tetapkan negara United Arab Emirates/Emiriah Arab Bersatu > tekan Done dan Continue, tunggu sehingga selesai.

4. Untuk iOS 8/9: Tengok pada Notification Center balik, akan tertera tarikh yang betul mengikut kalendar sedia ada.Untuk iOS 10: Tengok pada Notification Center/Lockscreen balik, akan tertera tarikh yang betul mengikut kalendar sedia ada.

5. Pada langkah ketiga di atas, kita ada tetapkan negara United Arab Emirates/Emiriah Arab Bersatu tapi boleh untuk menetapkan kembali Region ke negara Malaysia CUMA jangan tetapkan Islamic pada di bawah:
iOS 8/9: Setting > Mail, Contacts, Calendars > Calendars – Alternative CalendarsiOS 10: Setting > Calendars > Alternative Calendars
Biarkan ‘untick’ sahaja. Jika anda tetapkan/tick Islamic, nanti tarikh yang dipaparkan akan menjadi lambat sehari dan kena tetapkan balik semula dari langkah pertama.

A. Lambat sehari (cara 2)

1. Pergi ke Settings > General > Language & Region > Region Format > tetapkan negara United Arab Emirates/Emiriah Arab Bersatu > tekan Done dan Continue.

2. Untuk iOS 8/9: Pergi ke Settings balik > Mail, Contacts, Calendars > CALENDARS – Alternative Calendars dan tetapkan Islamic. Kemudian buka Notification Center dan tertera tarikh yang betul.

Untuk iOS 10: Pergi ke Settings balik > Calendars > Alternative Calendars > dan tetapkan Islamic, aktifkan/masuk Notification Center atau Lockscreen dan tertera tarikh yang betul.

3. Pada langkah kedua di atas, kita ada tetapkan negara United Arab Emirates/Emiriah Arab Bersatu tapi boleh untuk menetapkan kembali Region ke negara Malaysia CUMA jangan tetapkan/tick Islamic pada di bawah:
iOS 8/9: Setting > Mail, Contacts, Calendars > Calendars – Alternative Calendars

iOS 10: Setting > Calendars > Alternative Calendars

B. Awal sehari

1. Hanya ikut balik “Cara untuk menambah kalendar Islam pada dan mengikut iOS:” di atas mengikut iOS masing-masing. Perlu tetapkan negara Malaysia dan tetapkan kalendar alternatif kepada Islamic, itu sahaja.

Namun, terdapat juga bulan dalam takwim Islam yang tidak boleh diperbetulkan tarikh (dah lupa bulan apa) dan jadi lambat sehari ataupun awal sehari. Trik di atas tidak dapat digunakan dan pengguna perlu pasrah dengan tarikh yang dipaparkan pada bulan-bulan tersebut. Berbagai cara sudah dibuat dengan menetapkan negara lain juga masih tak boleh diperbetulkan.


Cara untuk menambah kalendar Islam pada watchOS:

Kalendar alternatif untuk Apple Watch ialah berdasarkan dan berpandukan tetapan kalendar alternatif pada iPhone anda. Jika anda belum tetapkan mengikut cara di atas, anda tidak boleh menambah kalendar Islam ini. Pastikan sudah ditetapkan sebelum membuat pada Apple Watch dan hanya muka jam yang terpilih sahaja yang boleh menetapkan kalendar alternatif, tidak semua muka jam boleh.

1. Pada Apple Watch anda, nyahaktifkan / buka (unlock) Passcode Lock.

2. Force Touch (Deep press / tekan dengan kuat) pada muka jam, dalam tutorial ini saya menggunakan muka jam Utility.

3. Tekan Customize dan tatal ke kanan sekali serta ketik pada kotak di bawah sekali.

4. Gunakan Digital Crown untuk tatal sehingga jumpa tetapan LUNAR DATE.

5. Selesai membuat tetapan, tekan Digital Crown untuk keluar dari Customize dan tekan sekali lagi pada muka jam atau Digital Crown untuk menetapkan muka jam itu.

Perlu ingat tidak semua muka jam boleh untuk menambah kalendar alternatif ini.


Cara untuk menambah kalendar Islam pada macOS/Mac OS X:

Untuk pada macOS ataupun Mac OS X, tiada trik yang perlu dibuat tapi berbanding dengan iOS, takwim Gregory akan digantikan sepenuhnya dengan kalendar Islam. Berbeza dengan iOS, kalendar Islam ditambah dan berada di bawah takwim Gregory seperti mana yang dipaparkan pada Notification Center ataupun Lockscreen. Untuk pada macOS ataupun Mac OS X juga, kalendar Islam akan dipaparkan pada Status Bar dan Notification Center.

1. Buka System Preferences yang terdapat pada dock atau pada Launcher.

2. Kemudian masuk ke Language & Region dan pastikan Region dipilih untuk negara Malaysia.

 

3. Cari Calendar dan ketik pada Gregorian atau tetapan kalendar yang terdapat di situ.

4. Pilih salah satu daripada empat kalendar Islam yang terdapat di situ dan pastikan salah satunya sama dengan tarikh kalendar Islam sekarang.

5. Ini kerana tidak semua kalendar Islam yang terdapat dalam tetapan itu sama untuk tarikh masing-masing.

6. Anda juga perlu mengubah ke salah satu daripada empat kalendar Islam apabila tarikh menjadi tidak sama pada bulan-bulan tertentu.

7. Jika anda memilih negara lain untuk Region, segala tetapan pada komputer anda akan mengikut tetapan negara tersebut.


Cara untuk menambah waktu solat pada Notification Center

 

Ada yang bertanyakan aplikasi apakah yang saya gunakan ketika menunjukkan trik ini pada tahun lepas. Saya menggunakan aplikasi Iman Pro yang dibangunkan oleh saudara kita juga yang berharga sebanyak RM12.90. Ada juga versi percuma tapi terhad kepada beberapa fungsi sahaja. Versi pro membolehkan untuk menambah tetapan pada Apple Watch, menukar stail dan warba notifikasi serta banyak lagi.

Untuk muat turun, boleh klik pada pautan di bawah. Bagi yang menggunakan aplikasi seperti Iman, Iman Pro ini, saya tunjukkan bagaimana untuk menambah waktu solat pada Notification Center. Tutorial ini ialah sama bagi yang menggunakan iOS 8-10.

– Iman: [Klik pautan ini]

– Iman Pro: [Klik pautan ini]

1. Pastikan anda sudah memuat turun aplikasi Iman / Iman Pro atau aplikasi yang sama sepertinya dan berada pada Homescreen peranti anda. Buka Notification Center dengan tatal dari atas skrin atau dari status bar hingga ke pertengahan/bawah skrin.

2. (Untuk iOS 10, tatal ke kiri). Kemudian, tatal dari bawah ke atas sehingga jumpa ‘Edit’. Ketik pada ‘Edit’ itu.

3. Cari aplikasi Iman / Iman Pro / pilihan anda dan tekan ikon tambah yang berada pada kiri ikon aplikasi dan nama aplikasi tersebut.

4. Aplikasi tersebut akan naik ke atas dan anda boleh menyusun susunan untuk menyusun aplikasi itu di atas sekali atau di tengah ataupun di bawah mengikut pilihan anda.

5. Apabila selesai, tekan Done dan anda boleh lihat waktu solat secara terus dari Notification Center.


Ucapan terima kasih juga kepada Akif Kamaruzaman sebagai pencetus idea untuk saya mencari trik bagi memperbetulkan kalendar Islam ini untuk iOS pada bulan puasa tahun lepas. Kongsikanlah kepada orang lain sementara menunggu bulan Ramadhan yang bakal tiba ini. Sebolehnya, kongsilah dari sumber yang asal dan janganlah sampai ada yang jadi pencuri macam dahulu walaupun ilmu ini ialah percuma untuk dikongsikan.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *