Cara Untuk Menggunakan Ciri One-Handed Keyboard Pada iOS 11

Terdapat pelbagai ciri kecil yang sangat berguna seperti yang terdapat dalam sistem operasi yang baharu oleh Apple iaitu iOS 11. Antaranya ialah ciri pilihan untuk one-handed keyboard yang membolehkan untuk meletakkan papan kekunci samada berada pada sebelah kanan atau kiri untuk keselesaan menaip menggunakan satu tangan sahaja bagi peranti yang mempunyai skrin bersaiz besar seperti iPhone 6s Plus.

Ciri ini hanya terdapat pada peranti iPhone dengan skrin bersaiz 4.7-inci dan 5.5-inci iaitu bermula dari iPhone 6 dan iPhone 6 Plus ke atas, tetapi ia tidak boleh berfungsi pada skrin 4.7-inci jika anda mengaktifkan display zoom pada panel Settings > Display & Brightness > Display Zoom.

Ciri ini juga boleh diaktifkan jika anda mempunyai beberapa pilihan papan kekunci yang terdapat pada panel Settings > General > Keyboards > Keyboards. Untuk pengaktifan:

1. Buka paparan papan kekunci dan tekan dengan lama (long press) pada ikon glob atau ikon emoji jika telah ditambah pada panel di atas. Satu sentuhan/tekan tidak boleh mengaktifkan dan hanya menukar kepada emoji atau pilihan papan kekunci lain.

2. Di situ terdapat tiga pilihan posisi yang boleh dipilih iaitu beralih ke kiri, tengah dan beralih ke kanan. Pilih salah satu mengikut keselesaan dan penggunaan anda sendiri.

Apabila ciri one-handed keyboard diaktifkan, papan kekunci akan berada pada lokasi yang dipilih dan ditetapkan oleh anda sehinggalah anda mengubahnya ke posisi lain atau menekan anak panah putih untuk mengembalikan ke posisi tengah.

Jika anda tidak menetapkan pilihan papan kekunci lain seperti emoji dan sebagainya, anda perlu samada menambahkan papan kekunci baharu pada panel Settings > General > Keyboards > Keyboards ataupun menetapkan posisi pilihan anda pada panel Settings > General > Keyboards > One-Handed Keyboards.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *