Tutorial

Cara Untuk Menggunakan Dan Mengubah Suai Control Center Pada iOS 11

Buat pertama kalinya, pengguna bagi peranti yang telah dipasangkan dengan sistem operasi iOS 11 boleh membuat pengubahsuaian pada Control Center. Pada Control Center kali ini juga terdapat beberapa tetapan yang telah ditambah selain paparan antaramuka yang baharu.

Bagi pengguna iPhone 5s sehinggalah iPhone 8 yang terbaru, cara untuk mengaktifkan Control Center ialah dengan menatalkan (swipe) dari bawah skrin pada butang Home sehinggalah ke pertengahan skrin. Bagi iPhone X pula, perlu menatal dari kanan atas/bucu kanan skrin.

Tetapan yang tetap pada Control Center ialah seperti Brightness, bunyi tidak boleh dibuang atau disusun. Senarai yang boleh tetapan tetap dan yang boleh diubah:

Untuk mengubah suai Control Center, anda perlu pergi ke panel Settings > Control Center > Customize Controls.

Di sini, anda boleh menambahkan tetapan lain seperti rakaman skrin, penggera, mod senyap dan sebangainya. Untuk menambahkan pada Control Center, anda perlu tekan pada ikon tambah (+) yang berada pada sebelah kini tetapan.

Setelah ditambah, anda juga boleh menyusun susunan tetapan mengikut penggunaan anda sendiri. Tekan pada ikon tiga garisan palang sebelah kanan tetapan dan seretkan ke atas atau ke bawah untuk susunan seperti yang anda mahukan.

Untuk membuang tetapan, anda boleh tekan pada ikon tiga garisan palang sebelah kanan tetapan dan seretkan ke bawah pada ‘MORE CONTROLS’ ataupun tekan pada ikon tolak (-) yang berada pada sebelah kiri tetapan dan tekan Remove.

Bagi pengguna iPhone 6s ke atas, anda boleh membuat 3D Touch pada ikon tetapan dan bagi pengguna peranti yang tidak mempunyai 3D Touch, anda boleh membuat ‘long press’ pada ikon tetapan di Control Center untuk menetapkan dan menyelaraskan seperti Brightness, kecerahan lampu LED Flash, bunyi dan sebagainya.

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.