Cara Untuk Menggunakan Night Shift Pada macOS Sierra 10.12.4

Night Shift merupakan fungsi yang mula diperkenalkan pada peranti iOS dengan iOS 9.3 yang kini dikembangkan kepada peranti Mac dengan keluarnya macOS Sierra 10.12.4. Fungsi ini disokong oleh peranti Mac dari keluaran tahun 2012 ke atas sahaja, peranti Mac yang lama tidak disokong.

Bagi yang tidak tahu dengan fungsi ini, ia dibuat untuk membuang dan menyahaktifkan sejumlah blue light yang anda lihat secara terus pada paparan skrin di waktu petang sehingga pagi dengan menukarkan warna kepada oren kekuningan. Kesan daripada melihat blue light ini boleh menyebabkan kesan yang bahaya pada circadian rhythmmembuatkan anda kurang untuk tidur dan kekal untuk tidur.

Hasil kajian mencadangkan dengan nyahaktifkan pendedahan blue light pada waktu malam yang mungkin boleh membantu untuk anda tidur dengan lebih selesa tapi ia akan mengubahkan warna paparan skrin peranti Mac anda. Ramai pengguna peranti Mac telah nyahaktif pendedahan blue light ini dengan menggunakan perisian f.lux sejak mula dikeluarkan tapi dengan adanya fungsi Night Shift ini, anda tidak perlu memasang perisian pihak ketiga.

 

Cara mengaktifkan Night Shift

Fungi Night Shift ini boleh diaktifkan di bahagian Display pada System Preferences. Ia mungkin agak susah bagi pengguna yang baru pertama kali menggunakannya.

1. Tekan pada logo Apple di kiri atas dan tekan System Preferences.

2. Pilih dan tekan ikon bahagian Display.

3. Terdapat 3 pilihan Display, Color dan Night Shift. Pilih Night Shift.

4. Pada Schedule, anda boleh pilih samada tetapan Sunset to Sunrise atau Custom.

Pilihan Sunset to Sunrise ialah tetapan untuk Night Shift mula diaktifkan bermula dari waktu maghrib/petang/matahari terbit dan ia akan dinyahaktifkan apabila matahari mula naik berdasarkan waktu dan lokasi kawasan yang anda berada. Pilihan ini memerlukan lokasi diaktifkan dalam Security & Privacy Preferences pada peranti Mac untuk membolehkan ia tahu di mana anda berada di seluruh dunia.

Pilihan Custom pula ialah tetapan berdasarkan waktu jam spesifik dari mula dan akhir waktu untuk Night Shift diaktifkan. Dengan pilihan ini, ia akan diaktif dan dinyahaktif pada waktu yang sama tiap hari berdasarkan waktu yang ditetapkan oleh anda.

 

Melaraskan Warna Suhu

Dalam bahagian Night Shift untuk diaktif dan dinyahaktifkan, ada juga pilihan untuk melaraskan warna suhu mengikut kesesuaian anda sendiri.

Pilihan tetap ialah ditetapkan di tengah-tengah, jika anda mengheretkan butang tetapan ke kiri ia akan mengubahkan warna kurang panas dan ke kanan pula akan mengubahkan warna lebih panas. Secara teknikalnya, warna kurang panas akan mempunyai banyak blue light manakala warna lebih panas akan mempunyai kurang blue light. Apple juga ada memberi peringatan dengan tetapan warna lebih panas akan memberi kesan terhadap gerakan pada paparan skrin.

 

Togel Pantas Night Shift

Jika anda mahu mengaktif atau nyahaktifkan Night Shift dengan sendiri, terdapat dua cara untuk dilakukan. Anda boleh menggunakan cara ‘manual’ yang ada dalam System Preferences untuk aktifkan atau nyahaktifkan atau anda boleh menggunakan Notification Center yang lebih pantas:

1. Tekan pada ikon Notification Center di kanan atas sekali, iaitu 3 garisan kecil. Ia akan membuka halaman Today.

2. Tatal ke atas Notification Center.

3. Klik pada togel Night Shift untuk mengaktifkan atau nyahaktif.

 

Siri

Siri yang mula diperkenalkan pada macOS Sierra juga boleh digunakan untuk mengaktif atau nyahaktif Night Shift. Tekan pada ikon Siri di kanan atas atau dekat dock dan mula cakap ‘Turn on Night Shift” atau “Turn off Night Shift” untuk tetapan Night Shift.

 

Monitor Komputer

Fungsi Night Shift ini boleh digunakan pada monitor yang disambungkan kepada komputer Mac anda, menukarkan warna skrin kepada warna panas untuk mengikut tetapan pada paparan skrin Mac. Ia tidak boleh diubah pada tetapan monitor tapi hanya boleh ditetapkan hanya di Mac. Night Shift tidak berfungsi apabila televisyen atau projektor disambungkan tapi ia mungkin masih boleh berfungsi seperti monitor komputer yang disambungkan.

 

Senarai peranti yang menyokong fungsi Night Shift

  • MacBook (Awal 2015 atau ke atas)
  • MacBook Air (Pertengahan 2012 atau ke atas)
  • MacBook Pro (Pertengahan 2012 atau ke atas)
  • Mac mini (Akhir 2012 atay ke atas)
  • iMac (Akhir 2012 atau ke atas)
  • Mac Pro (Akhir 2013 atau ke atas)
  • Apple LED Cinema Display
  • Apple Thunderbolt Display
  • LG UltraFine 5K Display
  • LG UltraFine 4K Display

 

Limitasi

Tiada pilihan atau tetapan untuk mengaktif atau nyahaktifkan fungsi ini untuk aplikasi spesifik. Jika anda mahu nyahaktifkan Night Shift ketika menggunakan perisian Photoshop atau menonton video, tiada cara untuk membuatnya dan anda perlu nyahaktifkan sendiri.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *