Cara Untuk Menggunakan Theater Mode Pada watchOS 3.2

Diperkenalkan dalam kemas kini rasmi watchOS 3.2, Theater Mode ialah fungsi yang mudah tapi ia sangat berguna dengan fungsi untuk mengelakkan paparan skrin Apple Watch menyala apabila anda mengangkat tangan anda.

Ia sangat berguna ketika situasi dimana nyalaan paparan skrin boleh mengganggu ketika menonton wayang di panggung wayang dan ia juga berguna bagi yang tidur sekali dengan Apple Watch.

 

Mengaktifkan Theater Mode

Fungsi Theater Mode ini boleh diakses pada Control Center dalam Apple Watch, jadi pengaktifan dan nyahaktif adalah lebih mudah.

1. Angkatkan tangan anda atau menekan Digital Crown bagi mengaktifkan paparan skrin Apple Watch.

2. Tatalkan ke atas daripada paparan jam untuk membuka Control Center.

3. Tatalkan ke atas lagi untuk mengakses ikon seperti topeng drama.

4. Tekan pada ikon tersebut.

5. Satu paparan akan menerangkan fungsi ini dan tekan pada butang Theater Mode untuk pengaktifan.

Ketika Theater Mode diaktifkan, akan terdapat ikon di atas Apple Watch semasa paparan skrin menyala. Untuk nyahaktif, buka kembali Control Center dan tekan pada butang Theater Mode.

 

Cara Theater Mode Berfungsi

Apabila Theater Mode diaktifkan, paparan skrin akan senantiasa gelap ketika anda mengangkat tangan anda yang sebaliknya akan menyalakan paparan skrin. Ia juga akan kekal gelap ketika notifikasi diterima tapi anda masih dapat tahu ketika mendapat sebarang notifikasi disebabkan getaran haptik masih aktif.

 

Akses Notifikasi Ketika Theater Mode Diaktfikan

Notifikasi yang diterima masih boleh diakses ketika Theater Mode diaktfikan dengan menekan pada paparan skrin atau dengan menekan butang Digital Crown.

Tekan pada paparan skrin, tekan pada Digital Crown atau menekan butang di tepi juga merupakan cara untuk mengetahui waktu apabila Theater Mode diaktfikan.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *