Cara Untuk Menyelesaikan Masalah Pepijat iOS 11 Menyebabkan Peranti Restart Berulang Kali

Tepat pada pukul 12.00 hingga 12.15 pagi semalam bertarikh 2 Disember 2017, sejumlah pengguna mengalami satu isu atau masalah di mana peranti mereka telah ‘restart’ atau tergendala seketika dengan logo ‘loading’ pada skrin. Semua pengguna yang menggunakan iOS 11.1.2 (ke bawah) boleh terkena akan masalah bug ini.

Pertama sekali, masalah pepijat ini berpunca daripada aplikasi yang berasaskan ‘local notification’ yang akan memaparkan notifikasi pada setiap hari mengikut waktu yang ditetapkan. Seperti contoh aplikasi waktu solat ialah berasaskan ‘local notification’ dan akan memaparkan notifikasi pemberitahuan waktu solat telah masuk pada peranti.

Pepijat ini juga mula terjadi pada hari dan tarikh 2 Disember dan sehingga kini tiap-tiap hari tepat pada pukul 12.00-12.15 pagi pada peranti yang menggunakan sistem operasi iOS 11.1.2 (dan ke bawah) yang mempunyai notifikasi aplikasi diaktifkan. Apple sudah pun melepaskan kemas kini sistem operasi iOS 11.2 tapi pengguna yang terkena perlu mengikuti cara yang betul dan disarankan oleh Apple untuk menyelesaikan masalah ini seperti di bawah:

1. Pergi ke Settings > Notifications.

2. Tekan pada aplikasi > Allow Notifications > Off, buat pada setiap aplikasi atau aplikasi yang berasaskan ‘local notifications’ (jika anda tahu).

3. Kemudian baru mengemaskini ke iOS 11.2 samada menggunakan OTA (Over-The-Air) Settings > General > Software Update ataupun menggunakan Restore iOS kepada iOS 11.2 di iTunes.

4. Selepas mengemaskini ke iOS 11.2, tetapkan kembali notifikasi aplikasi pada Settings > Notification > aplikasi > Allow Notifications > On.

Jika anda tidak membuat dan mengikut cara yang disarankan, masalah pepijat ini masih lagi terjadi walaupun sudah mengemaskini ke iOS 11.2. Sama juga seperti membuat Reset All Settings, tukar zon waktu termasuk zon negara dan cara lain ialah tidak menyelesaikan masalah pepijat ini sepenuhnya dan masih lagi terjadi sehingga sekarang ini.

Jika anda membuat Reset All Setting atau re-install aplikasi masih belum menyelesaikan masalah bug ni. Selepas anda membuat reset atau re-install dan kemudian mengaktifkan (enable) kembali notifikasi aplikasi tu, pada pukul 12.00am-12.15am tiap hari akan jadi semula restart tu.

Bagi yang sudah mengemaskini iOS 11.2 tapi tidak mengikut cara yang betul serta masih lagi terkena akan pepijat ini, ikuti cara di bawah:

– buat nyahaktif notifikasi aplikasi pada Settings > Notification > aplikasi > Allow Notifications > Off dan Restart iPhone kemudian periksa peranti masih lagi terjadi atau tidak. Kalau tidak lagi terjadi, aktifkan kembali notifkasi aplikasi tersebut.

atau

– buat nyahaktif notifikasi aplikasi pada Settings > Notification > aplikasi > Allow Notifications > Off, buat backup dan buat Restore iOS di iTunes. Selepas buat backup, periksa peranti masih lagi terjadi atau tidak. Jika tidak terjadi, aktifkan kembali notifkasi aplikasi tersebut.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *