Apple Berita

Cawangan Kedai Apple Store California Dirompak Sekali Lagi

Seperti biasa cawangan Apple Store di luar negara acap kali dijadikan tempat untuk dirompak. Ini kerana, harga untuk tiap model peranti yang terletak di kedai tersebut ialah mahal dan komponen peranti boleh dijual untuk pihak ketiga.

Kejadian ini terjadi di cawangan Apple Store yang terletak di Corte Madera, California yang merupakan kes kedua yang terjadi di kedai tersebut. Pencuri itu berjaya melarikan 17 peranti iPhone, 3 peranti iPad, dan 2 komputer Mac. Kos kerugian dianggarkan sebanyak $24,000.

Sebelum ini, kejadian yang sama berlaku di Apple Store tersebut pada November 2016 lepas dan kerugian dianggarkan dalam lingkungan $35,000 – $40,000.

Peranti demo Apple yang diletakkan di setiap Apple Store mempunyai sistem sekuriti yang akan membuatkan peranti tersebut tidak boleh digunakan apabila sambungan Wi-Fi telah putus dari kedai tersebut tapi mungkin pencuri itu akan menjual komponen peranti tersebut bagi gantian komponen yang rosak.

 

Sumber artikel: Patenly Apple dan 9to5Mac