Percuma Facebook dan Whatsapp Kepada Semua Pelanggan Celcom Mulai 25 April

Celcom tidak akan menolak kuota data anda apabila anda melayari dan menggunakan Facebook dan Whatsapp selama seminggu bermula 25 April 2017 ini.

Melalui laman sosial mereka di Facebook dan Twitter, mereka mengumumkan bahawa mereka tidak akan menolak kuota apabila pengguna melayari Facebook dan menggunakan Whatsapp selama seminggu bermula dari 25 April ini. Bukan sahaja pengguna Celcom Pascabayar, pengguna Celcom XPAX juga akan mendapat perkara ini.

Sepanjang minggu lepas, servis Internet Celcom agak terganggu di seluruh Malaysia. Hal ini menyebabkan semua pengguna Celcom marah dan tidak berpuas hati. Pelbagai kecaman dan ketidakpuashatian dilontarkan kepada pihak Celcom melalui sosial media seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. Tidak kurang juga, ada yang membuat aduan terus kepada pihak SKMM akibat masalah ini.

Satu gambar dimuat naik melalui akaun sosial media mereka pada hari semalam (Sabtu, 22 April 2017) dan memaklumkan bahawa terdapat gangguan pada penggunaan Facebook, Whatsapp dan Instagram. Mereka memohon maaf di atas gangguan ini dan berjanji untuk segera menyiasat perkara ini

celcom lembab

Akhirnya, pada keesokan harinya, Celcom mengumumkan perkara ini untuk menebus kesalahan mereka. Jadi, kepada pengguna Celcom dan XPAX, jangan lupa, bermula 25 April, kuota anda tidak akan ditolak bagi penggunaan Facebook dan Whatsapp selama seminggu.

Nazrin

Value has a value only if its value is valued

Lihat semua artikel daripada nazrin

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *