Ciri ‘Drag and Drop’ Untuk iPad Telah Tertiris Sebelum Pembentangan iOS 11

Nampaknya peranti iPad pada iOS 11 akan mempunyai ciri yang baharu iaitu ciri ‘Drag and Drop’ yang telah tertiris dalam aplikasi Feedback untuk pembangun dan pengguna berdaftar program Public Beta melaporkan pepijat dan juga masalah iOS kepada Apple. Sebelum ini, sudahpun terdapat aplikasi ‘Files’ iaitu aplikasi pengurusan fail yang dikemukakan oleh Apple sendiri dan sudahpun terdapat pada App Store.

Tetapan ‘Split View/Drag and Drop’ telah diletakkan sebagai pilihan untuk pembangun dan pengguna berdaftar menggunakannya bagi melaporkan pepijat kepada Apple. Dengan ini, pengguna boleh memaksimumkan penggunaan dan juga produktiviti peranti iPad mereka dengan lebih produktif.

Jika betul, pengguna boleh menggunakan aplikasi Files untuk mencari dan mengambil fail daripada peranti dan dimasukkan dalam emel secara ‘Drag and Drop’ melalui ‘Split View’ ini. Sudah pasti ramai pengguna iPad tertunggu-tunggukan ciri ini pada peranti iPad mereka.

iOS 11 akan diperkenalkan dan dibentangkan pada malam ini (pagi Selasa), pengguna umum akan boleh memuat turun iOS 11 pada bulan September. Untuk malam ini, hanya dikhaskan untuk pembangun aplikasi sahaja. Baca artikel ini untuk maklumat lebih lanjut.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *