Apple

DAM Toys Menghasilkan Patung Figura Realistik Bekas CEO Apple Steve Jobs

Memiliki apa sahaja barang yang mempunyai logo atau berkaitan dengan produk Apple seharusnya dimiliki oleh sebagai seorang pengguna tegar atau peminat kipas susah mati Apple. Tidak kiralah samada ia murah ataupun mahal sekali pun, jika sudah minat sehingga mendalam pasti mereka berasakan ia berbaloi.

Selain daripada produk Apple yang tersangatlah mahal dan berharga premium, terdapat barangan Apple lain yang juga dihasilkan di atas muka bumi ini. Siapa sangka, patung figura bekas CEO Apple iaitu Steve Jobs juga telah dihasilkan selepas 6 tahun kematian beliau.

Dihasilkan oleh syarikat DAM Toys, patung figura realistik ini menyertakan wajah dan umur Steve Jobs ketika di akhir usianya. Patung figura ini sangatlah realistik sehinggakan baju ikonik, seluar jeans, kasut yang sering dipakai oleh mendiang ketika pembentangan produk di acara khas Apple turut dipakaikan pada patung tersebut.

Terdapat juga beberapa produk ciptaan beliau yang disertakan antaranya ialah Macintosh, papan kekunci, tetikus dan Macbook. Aksesori lain seperti kerusi dan meja sewaktu pembentangan iPad pada tahun 2010 juga terdapat dalam pakej patung figura ini. Harga sebuah patung dan aksesori masih lagi tidak diumumkan oleh mereka.

Jika anda seorang peminat tegar Apple, jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan patung figura bekas CEO Apple sebagai koleksi produk Apple anda.

 

Sumber artikel: Cult of Mac

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.