Dapatkan iPhone 5s 16GB Dengan Harga RM999 Sahaja

Machines telah membuat promosi yang sangat murah dengan potongan harga bagi produk tertentu. Promosi ini hanya tertakhluk dan terdapat pada cawangan yang baru dibuka iaitu di Sunway Velocity Mall, Cheras. Promosi ini akan berlangsung dari besok 13 Mei 2017 hingga 21 Mei 2017 sahaja, bagi promosi produk lain seperti aksesori (kerangka, powerbank dan fon telinga) ialah dari besok 13 Mei 2017 hingga 31 Mei 2017.

Yang mendapat perhatian ialah peranti iPhone 5s 16GB dijual dengan harga yang sangat murah iaitu berharga RM999. iPhone 5s kini hanya terdapat dalam dua variasi warna sahaja iaitu Space Grey dan Silver. Harga terkini iPhone 5s 16GB yang dijual oleh mereka ialah pada harga RM1,188.

Selain itu, terdapat juga promosi untuk Apple Watch generasi pertama (Series 0) Stainless Steel bersaiz 38MM yang dijual pada harga RM1,599 manakala untuk Stainless Steel berwarna hitam dijual dengan harga RM1,999. Jika dibandingkan dengan harga terkini yang dijual oleh mereka di laman jualan rasmi dan di cawangan lain ialah masing-masing berharga RM1,999 dan RM2,199.

Machines juga turut membuat promosi untuk fon telinga Beats. Beats Pro pada asalnya dijual dengan harga RM1,599, anda boleh dapatkan dengan harga RM599. Kesemua produk untuk promosi ini ialah ‘sementara stok masih ada’. Pergi cepat sebelum terlambat! Ingat, promosi ini hanya terdapat di cawangan Machines Sunway Velocity Mall, Cheras sahaja.

Promosi aksesori lain:

 

Sumber: Machines

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *