Dapatkan Penjimatan Sebanyak RM700 Apabila Membeli iPhone 6s Plus

Sebelum ini kami ada melaporkan iPhone 5s 16GB dan edisi khas iPhone 6 32GB yang telah diturunkan pada harga yang lebih murah, kini model iPhone 6s Plus pula telah diturunkan harga sehingga RM700! Pihak Apple Authorized Premium Reseller (AAPR) iTWorld telah membuat promosi ini untuk dua kapasiti sahaja iaitu 32GB dan 128GB.

Harga asal yang ditetapkan untuk iPhone 6s Plus 32GB sebelum ini ialah berharga RM3,199, sekarang ia telah dikurangkan sebanyak RM700 menjadikan harga RM2,499. Untuk iPhone 6s Plus 128GB pula dijual pada harga RM3,699 dan kini ia dikurangkan RM700 menjadi RM2,999.

Penjimatan ini boleh didapati pada cawangan iTWorld di bawah:

– iTworld Ipoh Parade
– iTworld Aeon Kinta City
– iTworld Aeon Station 18
– iTworld Aeon Klebang
– iTworld Aeon Taiping
– iTworld Aeon Seri Manjung
– iTworld Aeon Rawang
– iTworld Palm Mall
– iTworld KB Mall
– iTworld The Starling

iPhone 6s Plus masih merupakan peranti terkini selepas iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Mempunyai 3D Touch dengan kamera 12-megapiksel yang mempunyai ciri Optical Image Stabilization (OIS) dan berkebolehan untuk merakam rakaman 4k pada 30 fps, adalah berbaloi untuk dimiliki bagi pengguna yang mahukan peranti berkuasa pada harga murah.

 

Sumber: iTWorld

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *