Dapatkan Penjimatan Sehingga RM400 Apabila Membeli Macbook Baharu

Apple Authorized Premium Reseller (AAPR) baru-baru ini telah membuat pelbagai penjimatan dari segi diskaun. Selepas membuat promosi diskaun sebanyak RM500 untuk iPhone 7 dan iPhone 7 yang berakhir pada bulan lepas, AAPR Switch telah mengumumkan promosi diskaun sebanyak RM400 bagi pembelian model Macbook yang terpilih.

Diskaun ini ialah berbeza-beza mengikut model tertentu dan terpilih sahaja. Model Macbook Air mendapat diskaun sebanyak EM288 dan model Macbook serta model Macbook Pro generasi sebelum ini mendapat diskaun RM400. Anda juga boleh membeli dengan 0% pelan ansuran selama 12 bulan bersama-sama dengan Apple Care Protection Plan. Tambahan, Switch juga menawarkan diskaun RM100 untuk pembelian Microsoft Office.

Model Macbook Air 13-inci (storan 128GB) boleh dimiliki dengan harga RM3,911 manakala Macbook 12-inci (storan 256GB) kini pada harga RM5,099 untuk semua warna. Sementara itu, model Macbook Pro 13-inci Retina Display yang lama dengan pemprosesan Core i5 dan storan 128GB pada harga RM5,099 manakala model spesifikasi tertinggi 15-inci dengan pemprosesan Core i7 kini pada harga RM8,099.

Promosi ini sah bermula 23 April 2017 sehingga 17 Jun 2017. Sebarang maklumat lanjut, anda boleh pergi ke laman rasmi Switch. [Klik pautan ini]

 

Sumber artikel: Soya Cincau dan Switch

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *