Apple Berita

Dasar Privasi Pelanggan Apple Kini Tersedia Dalam Bahasa Malaysia

Dalam proses untuk mentransformasikan laman web rasmi Apple Malaysia kepada penggunaan Bahasa Malaysia sepenuhnya, Apple kini telah menyediakan halaman Dasar Privasi Pelanggan dalam bentuk penggunaan Bahasa Malaysia. Dengan ini, pengguna boleh membaca dan memahami Dasar Privasi Pelanggan dalam Bahasa Malaysia dengan mudah mengenai privasi sebagai pengguna produk Apple.

Sebelum ini, blog AriffMac telah menjumpai halaman ‘Manage your Apple ID’ / ‘Uruskan akaun Apple anda’ yang telah menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya sebagai bahasa pengantar. Kini, beliau telah menjumpai halaman Dasar Privasi Pelanggan Apple yang kini terdapat dengan pilihan penggunaan Bahasa Malaysia. Penggunaan Bahasa Inggeris ialah yang ditetapkan apabila anda memilih negara Malaysia.

Terdapat perkataan yang agak lucu apabila dibaca seperti ‘Cookies’ yang diterjemahkan kepada ‘Kuki’ dan ‘Web Beacon’ kepada ‘Bikon Web’ serta ‘Wireless’ kepada ‘Wayarles’. Diharap, kita semua boleh melihat dan menggunakan laman web rasmi Apple dengan Bahasa Malaysia sepenuhnya seperti mana negara jiran kita iaitu Indonesia yang sudah pun mempunyai laman web rasmi Apple sepenuhnya dalam Bahasa Indonesia.

 

Sumber artikel: AriffMac