Edisi Terhad iPhone 6 32GB Ditawarkan Pada Harga RM1,999

Sebelum ini, pengedar sah Apple Authorized Premium Reseller (AAPR) Malaysia ada menurunkan harga peranti iPhone SE 16GB kepada RM1,699 dan kini membawakan kembali peranti yang disytiharkan sebagai peranti usang selepas keluarnya iPhone 7, iaitu iPhone 6. Peranti ini mula dikeluarkan 3 tahun lepas dengan pilihan saiz storan 16GB, 64GB dan 128GB kemudiannya digantikan dengan peranti iPhone SE sebagai model asas untuk keluaran peranti iPhone terkini.

iPhone 6 mula dikeluarkan dengan sistem operasi iOS 8 dan boleh menyokong sistem operasi yang terkini iaitu iOS 10. Spesifikasi iPhone 6 ini mempunyai bateri bersaiz 1,810mAh dan skrin bersaiz 4.7 inci Retina HD dengan resolusi 1334×750 piksel. Ia menggunakan cip pemprosesan Apple M8 dengan 1.4 GHz dual-core 64-bit dan 1GB RAM. Kamera pula untuk yang hadapan menggunakan 1.2-megapiksel dan kamera belakang menggunakan 8-megapiksel.

Edisi dan promosi ini hanya terhad kepada warna Emas sahaja dengan harga RM1,999 dan boleh dibeli di laman sesawang Switch dan laman sesawang Machines sahaja. Ia sangat sesuai bagi yang mencari model asas iPhone berharga murah dengan skrin besar sebagai telefon kedua ataupun untuk mencuba menggunakan iPhone. Untuk perbandingan, peranti iPhone SE mempunyai spesifikasi dalaman seperti iPhone 6s yang sekarang ini dijual dengan harga promosi RM1,699 untuk storan 16GB dan storan 64GB yang masih berharga RM2,199.

 

Sumber: Switch, Twitter

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *