Edisi Terhad iPhone 6 32GB Kini Berharga RM1,699 – Sebelum Ini Ditawarkan Pada Harga RM1,999

Pada bulan yang lepas, pengedar sah Apple telah membawakan kembali peranti iPhone 6 tapi dengan kapasiti storan 32GB ke Malaysia. Promosi ini hanya dijual pada satu warna sahaja, iaitu warna emas yang ditawarkan pada harga RM1,999. Kini, promosi ini telah diturunkan harga kepada RM1,699 sehingga penghabisan stok.

Peranti ini mula dikeluarkan 3 tahun lepas dengan pilihan saiz storan 16GB, 64GB dan 128GB kemudiannya digantikan dengan peranti iPhone SE sebagai model asas untuk keluaran peranti iPhone terkini. iPhone 6 32GB warna emas ini mula ditawarkan di negara India.

Pada harga RM1,699, ia merupakan peranti yang berpatutan untuk dibeli selepas iPhone SE 32GB yang kini masih pada harga RMRM1,949. Selain itu, produk yang diberhentikan penjualan secara rasmi oleh Apple, masih lagi dijual di pengedar sah Apple iaitu iPhone SE 16GB dengan harga RM1,699 dan peranti iPhone 5S 16GB pada harga RM1,099.

Sebagai rangkuman, iPhone 6 mula dikeluarkan dengan sistem operasi iOS 8 dan boleh menyokong sistem operasi yang terkini iaitu iOS 10. Spesifikasi iPhone 6 ini mempunyai bateri bersaiz 1,810mAh dan skrin bersaiz 4.7 inci Retina HD dengan resolusi 1334×750 piksel. Ia menggunakan cip pemprosesan Apple M8 dengan 1.4 GHz dual-core 64-bit dan 1GB RAM. Kamera pula untuk yang hadapan menggunakan 1.2-megapiksel dan kamera belakang menggunakan 8-megapiksel.

 

Sumber artikel: Soya Cincau, Berita: Switch dan Machines

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *