Eksklusif: Gambar Dan Video Model iPhone 8 Secara Lebih Dekat

Sekali lagi dan setiap minggu akan terdapat khabar angin, ura-ura dan juga media yang tertiris mengenai iPhone 8 yang bakal dikeluarkan pada tahun ini. Kini, gambar dan video model iPhone 8 telah tertiris dan boleh dilihat secara lebih dekat dan lebih jelas berbanding media sebelum ini.

Gambar dan video yang tertiris ini ialah sama seperti yang dilaporkan sebelum ini sebanyak dua kali. Yang pertama ialah pada bulan April dan juga pada minggu lepas menunjukkan rekaan yang sama dengan kaca hadapan dan belakang diantara bingkai model tersebut.

Media ini dimuat naik oleh Benjamin Geskin yang sebelum ini banyak memuat naik gambar dan video mengenai iPhone 8 ini. Yang terbaru ialah gambar kerangka iPhone 7s, iPhone 7s Plus dan juga iPhone 8 yang dimuat naik di laman akaun twitter beliau.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *