Elago M4 – Aksesori Pengecas iPhone Berbentuk Macintosh

Terdapat pelbagai aksesori pengecas untuk produk Apple yang direka dengan pelbagai reka bentuk termasuklah bahan pembuatannya sekali. Ada juga yang diperbuat daripada batu marmar seperti dok pengecas Native Union yang jauh lebih murah dan lebih menarik dari dok pengecas Apple aluminium.

Kini, Elago telah memperkenalkan dok pengecas M4 yang mengubah peranti iPhone menjadi seakan komputer Macintosh klasik. Diperbuat daripada bahan silikon, dok ini turut mempunyai tempat kabel untuk mengecas iPhone dan tidak menyakitkan mata.

Elago M4 ini menyokong peranti iPhone 6, 6s dan 7 sahaja, tidak disokong untuk peranti Plus yang lain. Dengan berharga $35 (dalam lingkungan RM 154) untuk sebuah, ia hadir dengan dua variasi warna sahaja.

 

Sumber: Elago

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *