Facebook Untuk iOS Kini Menyokong Format GIF Pada Ruangan Komen

Facebook pada beberapa hari lepas telah mengumumkan aplikasi utama mereka kini menyokong format animasi GIF pada ruangan komen. Ciri ini boleh digunakan pada semua pengguna yang menggunakan aplikasi rasmi Facebook pada peranti mereka.

Menurut Facebook, sejumlah 13 bilion GIF telah dihantar dalam aplikasi Messenger sejak pada tahun lepas. Format animasi GIF ini sangat popular digunakan oleh pengguna internet tidak kira pada platform dan juga media sosial.

Untuk menggunakan ciri ini, anda perlu mengemaskini aplikasi Facebook kepada versi yang terkini iaitu versi 96.0 ke atas di App Store. Selesai kemas kini, akan terdapat butang GIF apabila anda ingin meninggalkan komen pada sesuatu entri.

 

Sumber: Facebook

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *