Aplikasi

Fungsi Mode Picture In Picture YouTube Dan Mod Kunci Rakaman Suara Diaktifkan Untuk WhatsApp

Pihak WhastApp hari ini telah mengeluarkan kemas kini versi 2.17.81 untuk aplikasi peranti mudah alih mereka yang terdapat dua ciri mod baharu telah diperkenal sebelum ini dan telah diaktifkan. Sebelum ini, WhatsApp telah mula menguji mod Picture and Picture dan membuat rakaman suara dalam mod kunci sejak beberapa bulan sebelum ini.

Mod Picture In Picture membolehkan untuk memain video dari Youtube secara dalam aplikasi tanpa perlu membuka aplikasi Youtube. Apabila anda menerima atau menghantar, tekan pada paparan video Youtube dalam WhatsApp untuk mengaktifkan mod Picture In Picture. Anda boleh menetapkan saiz paparan video dan juga mengaktifkan paparan penuh.

Selain itu anda juga boleh untuk menyembunyikan video tanpa perlu menghentikan video dari dimainkan. Namun, ciri ini masih lagi tidak diaktifkan sepenuhnya untuk semua pengguna dan dilapor hanya disokong pada iPhone 6 ke atas disebabkan faktor saiz skrin yang besar. Bagi yang menggunakan iPhone 5, 5c, 5s dan SE dengan skrin bersaiz 4-inci mungkin tidak dapat digunakan (belum dapat dipastikan lagi).

WhatsApp juga turut mengaktifkan mode kunci ketika membuat rakaman suara. Dengan ini pengguna tidak lagi perlu untuk menekan ikon mikrofon mengikut tempoh durasi rakaman tersebut atau untuk tempoh durasi yang lama.

Untuk mengunci, selepas menekan ikon mikrofon pengguna perlu menatal ke atas dan rakaman suara telah dikunci. Tidak lagi perlu untuk menekan ikon mikrofon dengan lama berdasarkan durasi rakaman suara yang ingin dibuat. Selepas mengunci, pengguna boleh menghantar rakaman suara tersebut atau membatalkannya.

Aplikasi WhatsApp percuma dimuat turun di Apple App Store. [Ketik pautan ini]

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.