Fungsi SOS Apple Watch Yang Mungkin Boleh Menyelamatkan Nyawa Anda

10 atau 20 puluh tahun yang lalu, banyak kes-kes yang hanya berpunca dari kemalangan ringan boleh membawa maut dek kerana ‘lambat’ di rawat. Lebih menyedihkan hal ini biasanya berlaku apabila individu tersebut tinggal berseorangan maka tidak mendapat sebarang pertolongan sekaligus menjadikan kemalangan dan komplikasi ringan menjadi fatal.

Penggunaan Apple Watch sebelum ini pernah menyelamatkan seorang pelajar apabila bacaan nadinya tiba-tiba meningkat. Hal ini menjadikan beliau peka dan terus mendapatkan rawatan di hospital. Walaupun bukan masalah jantung, tetapi nadi yang tiba-tiba tinggi merupakan antara punca utama beliau mendapatkan rawatan sekaligus menyelamatkan hal-hal yang tidak diingini daripada berlaku.

Baru-baru ini terdapat satu kes kemalangan berlaku melibatkan nyawa seorang pelajar berusia 22 tahun, Casey Bennet. Akibat kesan dari kemalangan tersebut, peranti iPhone beliau telah terjatuh dan tidak boleh dicapai. Dengan fungsi terbaru SOS pada Apple watchOS 3 yang membolehkan panggilan kecemasan di buat dengan pantas, beliau hanya menekan butang di sebelah kanan Apple Watch dan menggunakan ciri Emergency SOS untuk menghubungi 911, beliau telah berjaya diselamatkan (dengan izin Tuhan).

Walaupun tiada perkara yang serius, penggunaan jam pintar terbukti merupakan salah satu alat yang dapat membantu di saat-saat kecemasan apabila pelajar tersebut menggunakan fungsi ini.

Sumber artikel: 9to5Mac

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *