[Galeri] Eksklusif: Gambar Hiasan Dalaman Apple Store Singapura

Sempena Apple Store Singapura yang bakal dibuka pada besok, Apple telah memberikan kepada media pendekatan hiasan dalaman secara lebih dekat Apple Store yang terletak di Orchard Road. Kedai ini merupakan Apple Store yang pertama terletak di Asia Tenggara dan juga di Singapura. Sumber media ini ialah ihsan oleh CNET dan MrBrown – gambar lebih lanjut di laman web mereka.

Rekaan kedai ini juga sangat premium dan elegan dengan rekaan tangga batu dengan melengkung yang melingkar ke atas dan dikhabarkan diperbuat daripada bahan ceramik – tidak seperti rekaan tangga Apple Store lain yang menggunakan bahan daripada kaca.

Dalam Apple Store itu juga terdapat satu bilik khas untuk mesyuarat dan pertemuan peribadi dengan pelanggan. Semasa pelancaran Apple Watch, bilik khas ini digunakan untuk pertemuan temu janji peribadi dengan pelanggan yang ingin membeli Apple Watch Edition – edisi emas 18-karat.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *