[Galeri] Gambar Edisi Terhad Apple Watch NikeLab Secara Lebih Dekat

Apple dan Nike baru-baru ini telah memperkenalkan Apple Watch NikeLab, edisi terhad Apple Watch Series 2 Space Grey dengan tali jam Light Bone baharu hasil kerjasama kedua-dua syarikat. Sebelum ini, Apple dan Nike mula bekerjasama pada bulan September 2016 untuk memperkenalkan model Apple Watch Nike+ bersama-sama dengan model Apple Watch Series 2 oleh Apple. Apple menawarkan dua model Apple Watch Nike+ aluminium dengan berwarna Silver dan Space Gray bersama-sama tali jam Apple Watch Nike+.

  

Kini, Highsnobiety mendapat peluang untuk mencuba Apple Watch NikeLab dan telah memuat naik gambar jam edisi terhad ini secara lebih dekat dan terperinci. Gambar itu juga menunjukkan logo NikeLab Innovation x Innovators yang terdapat pada dalam tali jam tersebut.

Model Apple Watch terbaru ini hadir dengan dua saiz iaitu 38mm dan 42mm dengan harga jangkaan RM 1,649.00 dan RM 1,749.00, sama seperti kesemua barisan model Apple Watch Nike+ yang lain.

Model Apple Watch NikeLab ini akan mula ditempah bermula pada 27 April secara talian di Nike.com, (sayang sekali Malaysia tidak ada) atau boleh dibeli di seluruh lokasi NikeLab dan di kedai sementara Apple Tokyo di dalam kedai Isetan. Ia tidak akan dijual di kedai rasmi Apple Store atau di kedai Apple Authorized Premium Reseller (AAPR) mengikut negara ataupun di laman jualan rasmi Apple store.apple.com.

 

Sumber: Highsnobiety dan iDownloadBlog

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *