Galeri: Gambar Konsep Peranti ‘iPhone X’ (iPhone 8)

Semalam kami ada melaporkan terdapat lukisan terbaru peranti ‘iPhone 8’ yang menunjukkan ukuran dimensi dan reka bentuk peranti tersebut dengan lebih terperinci seperti di bawah. Gambar ini hasil sumber oleh iFanr.

Garisan tepi pada tiap bucu dalam model 3D pada gambar di atas dikhabarkan sebagai antenna untuk selular yang sama seperti reka bentuk peranti iPhone 4/4s dahulu.

Terdapat seorang pereka iaitu Benjamin Geskin yang telah membuat konsep peranti iPhone 8 ini kepada ‘lebih realistik’ berdasarkan lukisan dan skematik tersebut. Kesemua gambar ini adalah hak milik beliau.

iPhone 8 atau iPhone X ini dijangka akan diperkenalkan pada acara khas Apple yang akan berlangsung pada bulan September ini bersama-sama dengan sistem operasi iOS 11. Apa pendapat anda tentang konsep iPhone 8 / X ini?

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *