[Galeri] Gambar Model iPhone X / iPhone 8 Berdasarkan Lukisan CAD Yang Tertiris

Kita sudah nampak beberapa gambar dan lukisan iPhone X / iPhone 8 yang tertiris termasuklah juga model konsep oleh beberapa pereka berdasarkan khabar angin, laporan dan ura-ura yang dikeluarkan oleh pihak yang dipercayai. Kini, Onleaks telah menunjukkan gambar model iPhone ini berdasarkan lukisan Computer-aided design (CAD) yang telah tertiris dari kilang pengeluaran.

Gambar lukisan realistik itu menunjukkan iPhone 8 dengan rekaan paparan skrin OLED edge-to-edge dan bingkai housing stainless steel yang sama seperti rekaan iPhone 4 dan iPhone 4s dahulu. Di belakang pula terdapat rekaan kaca dengan dwi-kamera menegak. Dilaporkan, rekaan kamera ini ialah digunakan untuk teknologi Augmented Reality (AR).

Untuk pengesan cap jari Touch ID pula masih tidak dipastikan samada akan diintegrasi dalam paparan skrin atau diletakkan pada logo Apple di belakang ataupun pada butang Power. Disebabkan lukisan realistik itu berdasarkan lukisan CAD dari kilang, dimensi yang dikhabarkan ialah berukuran 143.5 x 70.9 x 7.7 mm. Tebal sedikit dari iPhone 7 dan iPhone 7 Plus pada 7.1mm.

Namun, yang paling penting ialah Apple mempunyai beberapa rekaan iPhone 8 dan ini mungkin salah satu daripadanya. Tidak dipastikan samada Apple sudah memilih rekaan terakhir tapi masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Waktu yang terbaik untuk memperlihat dan mempercayai sebarang rekaan ialah pada bulan 7 atau 8 dimana ketika waktu itu Apple sudahpun memilih rekaan terakhir dan akan memperkenalkannya pada bulan 9 seterusnya bersama-sama dengan iPhone 7s dan iPhone 7s Plus.

 

Adakah ini rekaan status bar iPhone 8? Berdasarkan gambar di atas dan direka oleh Benjamin Geskin.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *