[Galeri] Mari Lihat Muzium Koleksi Produk Antik Apple

Sebahagian produk yang terdapat pada muzium ini pada awalnya ialah daripada kedai yang terletak di New York City dengan nama Tekserve. Kedai ini dibuka pada tahun 1987, tiga tahun selepas Macintosh pertama diperkenalkan ialah memainkan peranan untuk membaiki (seperti Apple Authorized Service Provider kini) dan perjumpaan pengguna produk Apple di sana.

Koleksi Tekserve sebelum mula dijual. Sumber: Roland Auctioneers

Namun, pada akhir tahun 2016, kedai dan (selepas beberapa tahun dijadikan sebagai) muzium Tekserve telah ditutup setelah hampir 30 tahun dibuka.

Sumber: MacPaw

Faktor utama penutupan muzium ini ialah akibat kekurangan dana dan tidak ramai pengunjung yang datang berbanding kedai rasmi Apple sendiri. Kini, syarikat pembangun perisian MacPaw seperti aplikasi CleanMyMac, Gemini dan Setapp telah membeli koleksi produk antik Apple ini dari Tekserve.

Sumber: MacPaw
Sumber: MacPaw

Terletak di Kyiv, Ukraine, MacPaw diasaskan oleh pelajar berumur 22 tahun, Oleksandr Kosovan yang mula nampak akan kehebatan produk Apple apabila membeli papan kekunci tanpa wayar, yang dibayar menggunakan duit dari gaji beliau.

Sumber: MacPaw

Muzium MacPaw ini menempatkan sebanyak 70 produk, 40 antaranya ialah daripada koleksi Tekserve. Produk lain termasuklah kesemua generasi iPhone, koleksi poster dan juga beg yang dapat dari acara khas Apple Worldwide Developer Conference (WWDC).

Sumber: MacPaw
Sumber: MacPaw

MacPaw berharap mereka boleh memperbesarkan lagi koleksi produk, walaupun ibu pejabat syarikat tersebut bukanlah sebuah muzium umum. Bagi yang tertanyakan tentang nama MacPaw ini, Kosovan menamakan syarikat ini semasa Apple menamakan nama sistem operasi Mac yang menggunakan nama keluarga kucing seperti OS X Cheetah, Tiger, Leopard dan Lion. Macpaw juga merupakan rumah untuk kucing peliharaan mereka, oleh sebab itu terdapat kucing dalam gambar di atas dan dalam video di bawah ini.

Ada produk Apple antik? Simpanlah untuk dijadikan koleksi ataupun untuk dijual dengan harga yang lebih mahal pada masa akan datang. Ini kerana, nilai estetik masih tinggi yang terdapat pada produk tersebut.

iPhone dan iPod Touch generasi pertama yang saya kumpul. Sedang cuba untuk melengkapkan koleksi iPod Touch.

Sumber artikel: Cult of Mac dan MacPaw

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *