Gambar Bongkah Acuan Untuk iPhone X / iPhone 8 Telah Tertiris

Jika sebelum ini pelbagai gambar skematik tertiris, kini pula gambar bongkah acuan untuk iPhone X / iPhone telah tertiris. Bongkah acuan ini ialah untuk digunakan bagi proses rekaan bingkai housing peranti iPhone X ini. Sebelum ini, sudah pun terdapat gambar bongkah acuan peranti ini untuk proses CNC bagi membuat kerangka.

Bongkah acuan ini dikhabar digunakan untuk proses kemasan pada bingkai housing tersebut namun kesahihan gambar ini tidak dipastikan lagi. Selain dari gambar bongkah acuan ini, terdapat juga skematik yang menunjukkan saiz dimensi acuan ini yang menunjukkan rekaan dwi-kamera menegak di belakangnya.

Berita dan laporan lain tentang iPhone X ini. [Klik pautan ini]

 

Sumber media: Slashleaks

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *