Gambar Model ‘iPhone X’ Tertiris – Tiada Rekaan Touch ID Di Belakang

Hari demi hari, minggu demi minggu banyak khabar angin tentang iPhoen X / iPhone 8 yang terbaru telah tertiris. Kini gambar penuh model iPhone X telah tertiris, menunjukkan tiada pengesan cap jari di belakang model tersebut. Tidak dipastikan jika model ini merupakan prototaip terakhir yang Apple telah pilih dan adakah ini bermaksud pengesan cap jari terbina di dalam paparan skrin sudah berjaya Apple bangunkan?

Pada gambar model tersebut menunjukkan rekaan dwi-kamera menegak yang dikhabar akan digunakan untuk Augmented Reality apabila diletakkan dalam AR Headset pada posisi mendatar. Bingkai model tersebut juga menunjukkan kemasan aluminium berkilat, sama seperti kemasan yang terdapat pada Apple Watch Stainless Steel.

Rekaan model itu juga dilihat sama seperti rekaan peranti iPhone 4 dahulu dengan rekaan bingkai aluminium dan panel kaca di hadapan serta di belakang tapi mempunyai lengkungan terus ke bingkai model tersebut, sama seperti lengkungan paparan skrin hadapan yang terdapat pada iPhone 6 ke atas.

Selain itu, terdapat juga gambar acuan tertiris yang digunakan untuk proses CNC untuk menghasilkan model tersebut.

Namun, tiada sebarang maklumat berkaitan ukuran dimensi yang lebih terperinci yang lebih lanjut. Berdasarkan khabar angin sebelum ini, rekaan dan kemasan model ini ialah sama seperti yang ditunjukkan dalam gambar oleh beberapa laman blog seperti Macotakara.

Kemas kini: Rekaan papan induk yang mungkin tampak sahih dan bakal digunakan untuk iPhone X ini.

Apakah pendapat anda tentang rekaan model iPhone X ini? Adakah anda berminat dan sanggup menunggu?

*mohon maaf atas kurang aktif sejak kebelakangan ini, terdepat beberapa perubahan yang berlaku untuk laman web AUG ini. InsyaAllah pada minggu hadapan akan kekal aktif seperti biasa.

 

Sumber gambar: Benjamin Geskin

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *