Berita iOS Siri

Google Assistant Boleh Dimuat Turun Di App Store iOS

Google Assistant

Pada 17 Mei 2017, Google telah mengadakan satu konferens tahunan yang khusus untuk pembina aplikasi-aplikasi dan sistem Google yang dinamakan sebagai Google I/O. Salah satu perkara yang menarik yang diumumkan ialah Google Assistant boleh dimuat turun di AppStore iOS. Sebelum ini, ia hanya disediakan untuk peranti Android sahaja.

Google Assistant merupakan pembantu maya pintar yang dikatakan sebagai saingan Siri. Sudah tentu di peranti iOS, Siri lebih baik dari segi pengintegrasian dengan aplikasi-aplikasi iOS. Lebih-lebih lagi, apabila Apple Mempatenkan Sistem Permesejan Dengan Sokongan Integrasi Siri, Google Assistant sudah tentu tidak boleh mengakses aplikasi tersebut.

Walaubagaimanapun, ia tidak menjejaskan Google Assistant untuk menjalankan tugas-tugas lain seperti membuat carian, memainkan lagu, mengawal peranti dan aksesori pintar (seperti lampu, kipas, dan sebagainya), mencari destinasi dan bermacam-macam lagi.

Untuk menggunakannya, pengguna harus membuka dahulu aplikasi dan log masuk ke akaun Google. Tidak ada singkatan seperti “Hey Siri” yang terus membuka Siri apabila diperlukan. Yang menariknya, ada banyak aplikasi dan permainan tambahan yang disediakan oleh seperti Akinator, Trivia Blast, Magic 8 Ball dan banyak lagi. Ini merupakan satu kelebihan yang ada pada Google Assistant yang tidak ada pada Siri. Yang pastinya, bagi sesetengah pengguna, ia mungkin lebih menyeronokkan berbanding Siri.

Google Assistant

Anda boleh memuat turun Google Assistant di AppStore mulai hari ini. Ia akan boleh dimuat turun secara berperingkat-peringkat mengikut negara dimulai dengan Amerika Syarikat. Ianya masih lagi tidak ada sokongan dalam Bahasa Melayu.

Nazrin

Value has a value only if its value is valued

3 Komen

Klik di sini untuk menghantar komen

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.