Grand Theft Auto: San Andreas Versi iOS Mula Menyokong Peranti 64-Bit

Setelah hampir 4 tahun dilancarkan, kini Grand Theft Auto: San Andreas versi iOS mula menyokong peranti 64-bit secara rasmi.

Grand Theft Auto: San Andreas merupakan antara siri permainan yang popular di bawah francais Grand Theft Auto, atau lebih selesa dipanggil GTA. Ia juga popular di konsol permainan dan PC. Pembina GTA, Rockstar Games menyifatkannya sebagai permainan video sepanjang zaman yang tidak lapuk dek zaman. Siapa sahaja yang tak pernah main? Dan kalau main, pastinya perlu ada sediakan kod ‘cheats‘. Kalau yang mengaku tidak pernah bermain GTA itu mungkin memang tak pernah main ataupun usia mereka terlalu muda atau terlalu tua.

GTA: San Andreas sebenarnya wujud sejak tahun 2004 lagi. Pertama kali ia dikeluarkan, hanya untuk konsol Playstation 2 sebelum ia keluarkan versi Xbox dan Windows PC pada tahun berikutnya. Versi untuk peranti Mac OS mula hadir pada tahun 2010 dan akhirnya setelah ditunggu-tunggu ia keluar juga di iOS pada tahun 2013.

San Andreas

Kini, untuk versi iOS, ia baru sahaja telah dikemas kini kepada versi 2.0. Ini merupakan kemas kini yang terbaru setelah sekian lama kemas kini terakhir sejak 2 tahun yang lepas. Kemas kini terbaru ini dikatakan sudah menyokong penuh peranti 64-bit dan masalah-masalah kecil yang lain telah pun diperbetulkan. Saya sendiri bermain untuk tempoh 1 jam dan tidak sekali pun ia terkeluar dengan sendirinya seperti yang sering berlaku dalam versi sebelumnya. Jangan lupa ya, seperti biasa, anda perlu log masuk akaun SocialClub anda untuk memuat turun semula ‘savegame‘ anda yang anda simpan di Cloud.

Versi baru ini juga menyedia sokongan integrasi dengan ReplayKit bagi peranti iPhone 6S dan seterusnya. ReplayKit merupakan aplikasi untuk merekod atau membuat penstriman video dan bunyi. Buat masa ini, kod ReplayKit boleh diakses oleh pembina aplikasi yang berdaftar di laman developer.apple.com. Ini merupakan antara ciri yang hebat dalam kemas kini GTA San Andreas kali ini.

Saya yakin ramai yang ternanti-nanti GTA V versi iOS. Sudah pasti ianya menarik untuk dimainkan di peranti iOS. Selama ini banyak gambar yang tersebar itu hanyalah palsu dan sekadar pencerminan kepada apa yang berlaku di PC dan PS4. Sama-sama kita nantikan GTA V versi iOS.

Nazrin

Value has a value only if its value is valued

Lihat semua artikel daripada nazrin

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *