Aplikasi

GRID Autosport Untuk iOS Kini Sedia Dimuat Turun Secara Rasmi

GRID Autosport iaitu permainan perlumbaan kenderaan premium bagi peranti mudah alih yang dibangunkan oleh Feral Interactive, kini sedia dimuat turun secara rasmi bermula hari ini di seluruh dunia melalui Apple App Store. Peranti yang disokong ialah bermula dari iPhone SE, iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X.

Manakala untuk iPad pula, bermula dari iPad Pro 9.7-inci, iPad Pro 9.7-inci (2017), iPad Pro 10.5-inci, iPad Pro 12.9-inci dan iPad Pro 12.9-inci generasi kedua. Bagi peranti iPhone 6s dan iPhone 6s Plus ke bawah adalah tidak disokong sama sekali. Kesemua peranti yang disokong mestilah dikemas kini dan menggunakan sistem operasi iOS 11 ke atas.

Aplikasi permainan ini memerlukan ruang simpanan sebanyak 6GB untuk memuat turun pek DLC percuma dan sekurangnya sebanyak 8GB semasa pemasangan (install) di dalam peranti untuk mengelak dari masalah sewaktu pemasangan tersebut. Harga yang ditawarkan ialah bernilai RM39.90 dan pengguna hanya perlu membayar sekali seumur hidup sahaja.

Walaupun harganya agak mahal tapi bagi pengguna yang berminat dan serius untuk bermain permainaan perlumbaan kenderaan ini ia mungkin berbaloi. Cara dan pengalaman permainannya tidaklah setanding bermain pada konsol atau pada komputer tapi ialah sama dengan kenderaan dan litar tambahan dalam pek DLC ialah percuma dimuat turun jika anda membuat pembelian dan muat turun secara sah.

Bagi pengguna yang betul-betul berminat dan merasakan serius serta berbaloi untuk bermain, pembelian di App Store kini telah dipermudahkan dengan menggunakan bil pacsabayar atau kredit prabayar nombor telefon yang ditetapkan pada akaun Apple ID. Bagi yang ingin memuat turun menggunakan data selular, anda boleh ikuti trik ini untuk memintas limitasi penggunaan data selular 150MB untuk App Store pada iOS 11.

Tidak dipastikan samada aplikasi ini mempunyai sistem sekuriti bagi mengelakkan dari digunakan apabila dimuat turun secara tidak sah. Aplikasi lain seperti Tweetbot, hanya boleh digunakan sepenuhnya apabila pengguna membuat pembelian dan muat turun secara sah. Mungkin pengguna tidak boleh mendapat pek DLC percuma tersebut atau tidak boleh dimainkan sepenuhnya apabila memuat turun secara tidak sah.

Muat turun aplikasi permainan kenderaan GRID Autosport ini di Apple App Store. [Ketik pautan ini]

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.