GRID Autosport Untuk iOS Sedia Dimuat Turun Secara Rasmi Pada 27 November Ini

Pembangun permainan perlumbaan premium iaitu Feral Interactive, telah mengumumkan permainan perlumbaan kenderaan GRID Autosport untuk peranti mudah alih iOS akan sedia dimuat turun secara rasmi pada 27 November ini di seluruh dunia. Sebelum ini, Feral Interactive telah mengumumkan senarai peranti yang disokong untuk permainan ini.

Bermula dari model iPhone SE, iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X manakala untuk iPad pula, bermula dari iPad Pro 9.7-inci, iPad Pro 9.7-inci (2017), iPad Pro 10.5-inci, iPad Pro 12.9-inci dan iPad Pro 12.9-inci generasi kedua sahaja yang disokong. Kesemua peranti mestilah dikemas kini dan menggunakan sistem operasi iOS 11 ke atas.

Bagi yang ingin memuat turun menggunakan data selular, anda boleh ikuti cara dan trik untuk memintas limitasi penggunaan data selular 150MB untuk App Store pada iOS 11 di artikel ini.

Aplikasi permainan ini memerlukan ruang simpanan sebanyak 6GB untuk pek DLC percuma dan sekurangnya sebanyak 8GB semasa pemasangan dalam peranti untuk mengelak dari masalah sewaktu pemasangan. Bagi yang menggunakan kapasiti storan 16GB dan 32GB, sudah tiba masanya untuk membuang segala data dan aplikasi yang tidak penting.

Dari segi harga pula, pihak Feral Interactive tidak mengumumkan di laman Twitter dan laman web mereka tapi dilapor akan dijual pada harga yang ‘premium’. Pengguna hanya perlu membayar sekali seumur hidup sahaja dan mendapat pek DLC secara percuma  jika anda membuat pembelian dan muat turun secara sah, diumumkan di laman Twitter mereka.

GRID Autosport untuk Android akan dilancarkan pada suku pertama tahun hadapan.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *