Had Limitasi Penggunaan Data Selular Pada App Store Kini Telah Ditetapkan Kepada 150MB

Seperti yang sedia maklum, App Store mempunyai had limitasi penggunaan data selular yang hanya membolehkan pengguna untuk memuat turun atau mengemaskini aplikasi sehingga saiz 100MB sahaja. Bermula hari ini dengan pelepasan rasmi iOS 11, Apple telah menambahkan had limit tersebut sebanyak 50MB.

Ini menjadikan, had limitasi penggunaan data selular pada App Store yang ditetapkan ialah sebanyak 150MB. Dengan ini pengguna boleh memuat turun atau mengemaskini aplikasi sehingga saiz 150MB tanpa perlu menggunakan sebarang cara atau trik yang boleh dibuat sebelum ini. Bagi pengguna yang mahu lebih dari 150MB, mungkin kena guna atau akan ada trik baharu untuk digunakan pada iOS 11.

Bagi penggunaan data selular pada iCloud, masih belum ditetapkan untuk membuat salinan data pendua atau backup. Bermaksud, pengguna masih perlu menggunakan internet Wi-Fi untuk membuat backup kepada iCloud.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *