Harga iPhone 7 dan iPhone 7 Plus Turun RM500 Serentak Di Seluruh Negara

Bermula hari ini (26 Februari), harga jualan bagi peranti iPhone 7 dan iPhone 7 Plus secara rasmi telah turun sebanyak RM500 efektif bagi model yang mempunyai saiz storan 128GB dan 256GB sahaja untuk di seluruh cawangan Apple Authorized Premium Reseller (AAPR) iaitu Switch, Machines, Mac City, Thunder dan lain-lain seluruh negara. Secara teknikal, promosi ini bermaksud harga saiz storan 128GB akan mengikut harga asal saiz storan 32GB dan harga saiz storan 256GB akan mengikut harga asal saiz storan 128GB manakala harga untuk saiz storan 32GB adalah kekal seperti biasa.

Penurunan harga ini bersifat jangka pendek dan ia sah sehingga akhir bulan Mac 2017 (menurut sumber dari Switch, sehingga 25 Mac). Bagi pengguna yang menangguh pembelian sebelum ini, rebutlah peluang yang belum tentu ada pada masa hadapan.

Peranti iPhone 7 dan iPhone 7 Plus adalah antara peranti paling lama jangka hayat berbanding model sebelum ini. Peranti ini dikuasakan dengan cip A10 fusion dimana ia mempunyai kebolehan mengawal tahap kuasa bateri yang mampu meningkatkan penggunaan berbanding sebelumnya. Peranti iPhone 7 dan iPhone 7Plus dilihat antara produk paling hebat dan termaju seperti dilaporkan oleh pihak Apple.

Namun atas permerhatian sebelum ini, kami nasihat kepada anda untuk tidak memilih warna jet black atau black memandangkan sudah banyak kes dilaporkan berhubung isu kosmetik. Hakikatnya pihak Apple tidak memberi sebarang jaminan sekiranya anda mempunyai isu kosmetik. Walaubagaimanapun, anda boleh mempertahankan aduan anda melalui perkhidmatan aduan secara atas talian / panggilan telefon kepada pihak Apple.

Secara peribadi saya masih mempertahankan bahawa peranti iPhone 7 hanyalah peranti iPhone 6S generasi kedua. Oleh itu, jika anda pengguna iPhone 6S rasanya anda boleh menyimpan untuk peranti akan datang. Namun, jika anda pengguna iPhone 6 kebawah, ia merupakan peranti yang harus anda miliki.

Tambahan, untuk harga peranti iPhone 6s dan 6s Plus masih sama seperti sebelum ini dan tiada perubahan. Bagi yang belum tahu, iPhone 6s dan 6s Plus tidak lagi dijual untuk saiz storan 64GB sejurus bermulanya penjualan rasmi iPhone 7 dan 7 Plus. Hanya saiz storan 32GB dan 128GB sahaja.

 

Sumber: Switch

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *