Iklan jualan iPhone 6 32GB mula dipaparkan di Amazon India

Semalam, kami ada menyampaikan berita berkenaan iPhone 6 32GB yang ditawarkan oleh TaiwanMobile bagi pasaran China. Hasil daripada carian kami, iPhone 6 32GB juga diiklankan di laman jualan Amazon India.

Iklan iPhone 6 32GB ini dipaparkan di laman utama Amazon India. Jika TaiwanMobile hanya menawarkan iPhone 6 32GB dalam warna Gold, di sini, anda boleh dapatkan dalam warna Space Grey. Namun, tiada info sama ada iPhone ini baharu ataupun refurbished. Melihat kepada laman penjual tersebut, E-Mobiles, mereka hanya menjual telefon baharu. Mereka juga mempunyai reputasi yang tinggi, kedudukan ke-12 daripada 100 penjual di Amazon dan 98% tahap kepuasan pengguna. Untuk iPhone 6 32GB ini, dinyatakan di laman tersebut, tempoh jaminan setahun bagi peranti dan enam bulan bagi aksesori.

Jika benar iPhone 6 ini bukan refurbished, ia mungkin merupakan satu model baru daripada Apple yang diperkenalkan khas untuk China, Taiwan, India dan mungkin keseluruhan Asia kelak. Harga yang ditawarkan di dalam iklan ini ialah sekitar ± RM1940. Harga ini mengingatkan saya dengan iPhone 6 64GB yang ditawarkan oleh MacCity Malaysia pada harga RM1999. Promosi tersebut telah pun berakhir pada 28 Februari 2017.

Apakah pendapat kalian? Adakah iPhone 6 masih relevan? Adakah perlu Apple mengeluarkan iPhone 6 pada versi 32GB untuk pasaran Malaysia?

Nazrin

Value has a value only if its value is valued

Lihat semua artikel daripada nazrin

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *