iMac Versi Pro Untuk Golongan Profesional Bakal Dikeluarkan Oleh Apple

Seperti yang sedia maklum, komputer iMac seringkali menjadi komputer desktop yang digunakan pembangun, jurugambar, ahli musik, pengarah filem dan golongan profesional yang lain. Namun sejak dari tahun lepas, komputer iMac dan Mac Pro tidak lagi menjadi keutamaan oleh golongan tersebut disebabkan Apple tidak mengemaskini komputer tersebut. Komputer iMac dan Mac Pro turut hadapi persaingan dengan komputer Surface Studio daripada syarikat Microsoft yang dikeluarkan selepas acara khas Apple yang hanya memperkenalkan komputer Macbook Pro dengan Touch Bar pada bulan September lepas.

Menurut Phil Schiller, Apple SVP of Worldwide Marketing dalam temu ramah dengan BuzzFeed News menyatakan Apple bakal menghasilkan konfigurasi komputer iMac bagi pelanggan golongan profesional. Apple tidak mendedahkan konfigurasi tersebut tapi fungsi skrin sentuh tidak akan digunakan pada komputer iMac versi Pro tersebut.

Selepas memperkenalkan komputer Macbook Pro dengan Touch Bar pada bulan September lepas. Apple dituduh telah mengabaikan golongan profesional yang masih menggunakan komputer desktop oleh Apple. Apple juga turut bakal mengeluarkan komputer Mac Pro baharu dengan rekaan modular bersama-sama dengan monitor ‘Pro’ yang akan disekalikan.

Buat masa ini, komputer Mac Pro telah menerima penaiktarafan spesifikasi dengan cip Intel yang lebih pantas dan kemas kini lain pada harga yang sama.

 

Sumber: Daring Fireball

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *