Apple Berita

Imagination Technologies Membuat Tuntutan Terhadap Apple

tuntutan

Imagination Technologies, pereka cip grafik dari negara United Kingdom membuat tiga tuntutan utama terhadap Apple. Tuntutan tersebut berkaitan dengan pengkomersialan, lesen dan royalti. Mereka menuntut untuk mendapatkan perjanjian yang lebih baik berbanding apa yang telah dijanjikan.

Imagination Technologies merupakan syarikat pembekal cip grafik kepada Apple. Mereka popular dengan cip grafik PowerVR pada iPhone dan cip MIPS yang ingin menggantikan cip pemprosesan ARM. Namun, pada Mac lepas, Apple mula memutuskan hubungan dengan mereka kerana Apple mula membangunkan cip grafik mereka sendiri. Sebab itu, Apple mula merekrut ramai pakar-pakar cip grafik untuk bersama-sama membangunkan cip grafik mereka sendiri.

Kini, Imagination Technologies mempunyai masalah kewangan. Selama ini, mereka bergantung dan mengharapkan wang hasil penggunaan teknologi cip PowerVR pada iPhone. Separuh daripada hasil kewangan mereka sebenarnya berpunca daripada bayaran dari Apple. Kini, setelah tidak lagi bersama Apple, mereka umpama hilang punca mata pencarian. Mereka juga mungkin bakal menjual dua teknologi mereka iaitu MIPS dan Ensigma. Mungkin juga mereka terpaksa menjual teknologi PowerVR tersebut sekiranya keadaan benar-benar terdesak.

Banyak betul kes Apple tahun ini. Belum reda lagi kes Qualcomm, kes ini pula muncul. Diharapkan kedua-dua belah pihak dapat mencapai kata sepakat bagi menjamin survival syarikat Imagination Technologies.

Sumber : Imgtec Press Release

Ikuti melalui Email

Masukkan alamat emel anda untuk mendapat notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel.