Instagram Kini Membolehkan Untuk Menyusun Gambar Kegemaran Mengikut Kategori Pilihan

Instagram sebelum ini membolehkan pengguna untuk menyimpan suatu gambar yang dikongsi oleh pengguna lain pada tab khas yang dinamakan sebagai Saved Post. Dengan fungsi ini, pengguna boleh melihat gambar yang dikongi oleh pengguna lain untuk rujukan persendirian pada masa akan datang.

Namun, dengan jumlah gambar yang banyak dan sukar untuk pengguna mencari serta melihat gambar mengikut kategori atau koleksi. Kini, Instagram memperkenalkan fungsi yang membolehkan anda untuk menyusun gambar tersebut mengikut koleksi atau kategori pilihan yang dibuat.

Fungsi menyusun gambar ini tersedia dalam kemas kini versi 10.16 untuk sistem operasi iOS dan juga Android. Anda boleh membuat kemas kini aplikasi Instagram di App Store. Bagi yang tidak dapat fungsi ini, anda boleh mengikut cara di bawah:

1. Memasang semula (reinstall) kembali aplikasi Instagram.

2. Menghidupkan semula (restart) peranti anda.

3. Ulangi cara 1-2 banyak kali atau jika masih tidak ada, tunggu kemas kini terbaru ataupun melaporkan kepada pihak Instagram. Ini disebabkan tiap ciri/cara/fungsi baru yang dikeluarkan adalah terhad untuk pengguna terpilih dan tidak semua sekali gus akan menerimanya.

 

Sumber: Instagram

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *