Instagram Kini Mempunyai 700 Juta Lebih Pengguna Aktif Di Seluruh Dunia

Instagram baru sahaja mengumumkan aplikasi perkongsian media itu kini mempunyai lebih 700 juta pengguna di seluruh dunia. Sebelum ini, terdapat 600 juga pengguna yang menggunakan aplikasi ini pada bulan Disember 2016 lepas. Instagram sememangnya terkenal dalam perkongsian media, termasuklah ciri-ciri lain seperti siaran langsung seperti Instagram Live.

Selain, itu Instagram juga terkenal dalam mengambil ciri dan fungsi pesaingnya, Snapchat. Ciri itu ialah dinamakan sebagai Instagram Stories dengan perkongsian gambar atau video yang akan hilang dalam tempoh 24 jam dan dilaporkan mempunyai sejumlah 158 juta pengguna aktif

Bagi pengguna yang ingin memuat naik gambar panorama dan ingin mengelakkan dari kehilangan pengikut disebabkan mereka menyampah melihat gambar yang banyak dikongsikan dalam sekali gus, anda boleh menggunakan aplikasi Swipeable ini yang percuma untuk dimuat turun di App Store. Tutorial untuk menggunakannya boleh lihat di pautan ini.

 

Sumber artikel: 9to5Mac dan Instagram

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *