Instagram Membolehkan Berkongsi Sehingga 10 Gambar Atau Video Dalam Satu Perkongsian

Instagram telah memperkenalkan cara baharu untuk berkongsi yang membolehkan sehingga 10 gambar atau video dalam satu perkongsian dan satu kapsyen. Dengan kemas kini ini, anda tidak perlu lagi pening kepala untuk memilih gambar atau video mana yang terbaik untuk dikongsi. Anda boleh memilih sehingga 10 gambar atau video ataupun kedua-duanya digabungkan sekali dalam satu perkongsian dan menatal (swipe) untuk melihat keseluruhan koleksi media pada perkongsian tersebut.

Apabila memuat naik gambar, anda akan nampak satu ikon baru di bawah sebelah kanan yang berfungsi untuk memilih pelbagai gambar atau video. Tiap gambar atau video tersebut boleh diubah susunan, menggunakan filter pada semua media sekali gus atau menyuntingnya satu per satu. Buat masa sekarang, perkongsian ini hanya terhad pada saiz gambar segi empat sama sahaja.

 

Untuk mengetahui perkongsian koleksi gambar atau video, di bawah media tersebut mempunyai titik berwarna biru yang berfungsi bagi membolehkan gambar untuk ditatal dan boleh melihat keseluruhan koleksi media pada perkongsian tersebut. Cara ini diperkenalkan pada aplikasi Instagram versi 10.9 ke atas dan anda boleh mengemas kini di App Store. Bagi pengguna yang tidak dapat menggunakan cara ini, anda boleh ikut cara di bawah:

  1. Memasang semula (reinstall) kembali aplikasi Instagram.
  2. Menghidupkan semula (restart) peranti anda.
  3. Ulangi cara 1-2 banyak kali atau jika masih tidak ada, tunggu kemas kini terbaru ataupun melaporkan kepada pihak Instagram. Ini disebabkan tiap ciri/cara/fungsi baru yang dikeluarkan adalah terhad untuk pengguna terpilih dan tidak semua sekali gus akan menerima.

 

Cara perkongsian media ini sangat berguna bagi akaun yang membuat bisnes seperti mempromosi produk, akaun yang membuat tutorial, akaun berita dan media bagi menyampaikan info dan berita dalam satu perkongsian serta secara tidak langsung dapat mengelakkan spam.

 

Sumber: Instagram

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *