Instagram Membolehkan Ulangan Video Siaran Langsung Disiarkan Kembali Dalam Tempoh 24 Jam

Instagram Stories seperti yang sedia maklum merupakan perkongsian gambar atau video yang akan hilang dalam tempoh 24 jam setelah dikongsikan oleh sebuah akaun. Ini ditambahkan lagi dengan fungsi video siaran langsung yang boleh dibuat pada Instagram Stories tersebut tapi ia hanya boleh dilihat semasa siaran dibuat sahaja dan akan hilang selepas itu. Kadangkala ada sebahagian pengikut yang terlepas untuk menonton.

Instagram kini telah menambah ciri membolehkan video siaran langsung tersebut diulang dan disiarkan kembali dalam tempoh 24 jam kepada pengikut akaun anda. Ini juga membolehkan pengikut untuk melihat siaran langsung tersebut seperti perkongsian tutorial dan sebagainya. Ciri ini terdapat dalam kemas kini versi 10.26 ke atas untuk iOS di App Store dan cara penggunaannya: – selepas dari 24 jam video siaran langsung tersebut akan hilang seperti biasa.

Selain itu, Instagram juga turut mengumumkan sebanyak 250 juta pengguna harian aktif yang menggunakan Instagram Stories ini. Jumlah ini telah meningkat daripada 200 juta yang diumumkan pada bulan April, 150 juta pada bulan Januari dan 100 juta pada bulan Oktober lepas. Ini kerana ramai pengguna yang mudah menggunakan Instagram Stories ini dan juga pengguna Instagram itu sendiri.

 

Sumber: Instagram dan TechCrunch

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *