Instagram Memperkenalkan Face Filters – Menambah Kesan Maya Pada Wajah Seperti Snapchat

Instagram hari ini telah memperkenalkan Face Filters, ciri yang berdasarkan augmented reality berfungsi untuk mengesan wajah pengguna dan menambahkan efek atau kesan maya tersebut. Ciri dan fungsi ini sudahpun terdapat pada aplikasi Snapchat dan beberapa ciri yang telah ditiru oleh Instagram sendiri seperti Instagram Stories, mesej boleh hilang secara automatik dan banyak lagi.

Untuk menggunakan efek ini, anda hanya perlu membuka kamera dan terdapat ikon muka pada kanan bawah. Sebanyak 8 kesan maya yang boleh digunakan antaranya ialah Gold Crown, Koala, Nerd Glasses, Bunny, Butterfly Crown, Ice Crown, Peacock dan Make-Up. Efek ini boleh digunakan pada kamera hadapan atau belakang ketika menangkap gambar ataupun merakam video.

Anda juga boleh menggunakan efek ini pada rakan lain serta boleh digunakan dengan Boomerang. Selepas selesai menambah efek, anda boleh berkongsikan kepada rakan menggunakan Instagram Direct ataupun dimuat naik ke Stories anda sendiri.

Selain itu, Instagram juga menambahkan alat kreatif pada format kamera seperti ‘Rewind’ yang membolehkan untuk video dimainkan secara undur serta turut menambah pelekat hashtag untuk Stories dan juga berus pemadam apabila menggunakan alat pelukis. Untuk ciri ‘Hands-Free’ pula, saya tidak tahu cara ia berfungsi. Komen di bawah jika ada penerangan lebih lanjut.

Kesemua efek, ciri dan fungsi ini terdapat dalam kemas kini aplikasi Instagram versi 10.21 yang dikeluarkan bermula pada hari ini di App Store. Namun perlu ingat, tidak semua boleh menikmati dan menggunakan kesemua yang diterangkan di atas ini kerana setiap ciri dan fungsi terbaru tidak dikeluarkan untuk semua pengguna dalam sekali gus – perlu menunggu kemas kini versi akan datang atau ikut cara di bawah:

1. Memasang semula (reinstall) kembali aplikasi Instagram.

2. Menghidupkan semula (restart) peranti anda.

3. Ulangi cara 1-2 berulang kali atau jika masih tidak ada, tunggu kemas kini terbaru ataupun melaporkan kepada pihak Instagram.

 

Sumber: Instagram

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *